Sunday, January 23, 2011

Keje 7 hari seminggu

Ini kenyataan rasmi dari gua.bila diperhatikan budaya dan corak berkerja rakyat malaysia selama 5 hari seminggu dah cuti 2 hari dalam seminggu,gua agak tidak bersependapat kerana bagi gua setiap hari isnin semua orang akan cakap takde mood lah,xpanas lagi lah.tak IN lah.tak padu lah.orang putih panggil monday blues.ini semua kerna gara2 cuti dihari minggu yang akan membekukan sebahagian dari semangat kerja seseorang.

gua pun kadang rasa benda yang sama.gua amat benci bila terkena monday blues.sebab gua akan datang lambat dan lepak di kedai lebih lama.so pada pandangan rambang dan secara tidak mengambil kira sensitiviti orang melayu dengan bersahaja gua cadangkan rakyat malaysia bisa berkerja 23 hari sebulan dan cuti seminggu tiap2 bulan..bila gua kerja 7 hari seminggu.gua akan lebih jitu dan padu.hari sabtu gua masuk opis dan buat kerja dengan tekanan yang sedikit dan hari ahad pun sama.bila tiba hari isnin,semangat gua mengalahkan perdana menteri venezuala.kerja dan keputusan gua akan lebih tuntas.

gua mintak maaf jika ada pihak dari mana2 kementerian terguris dengan tulisan gua.jika First Lady of Malaysia Division terguris.bleh pergi jahanam dan selam kepala dalam perigi buta.

Sunday, January 16, 2011

LIMA

gua buat ni demi kawan gua(dekno) k...kah kah kah..seumur hidup gua tak pernah isi form macam ni..klu ada salah silap jgan maki atau jolok.tolong tunjukkan.!!

5 nama samaran gua
1.topek(ramai)
2.chaos_aria(ni nama hacker gua di alam cyber)
3.abg pek(adik saya yg comel panggil)
4.abg sayang(tak pernah dengar lagi..ciss!!)
5.bigfut.panda.beruang.(nama2 untuk mereka yang rapat saja,jgan main sebut sembarangan.silap2 bleh pecah bibir.sekian)

5 tarikh penting
1. 27 april(gua lahir)-tiru deqno sbb xda idea
2. tarikh meeting
3.tarikh hantar submition bila authority lambat bertindak
4. tarikh beli barang yang mahal-biasanya gua tulis kat barang tuh
5-tarikh gua akan mati-ermmmmmmm

5 perkara gua buat semalam
1.gua siapkan table tender document(klu tak tau sila tanyer google)
2.tido dengan bismilah..
3.gua cuci tandas rumah gua(rajin kan gua?)
4.gua masih mencaria azam tahun baru
5.tengok bola,kutuk2,maki2 dan akhiri majlis dengan istrigfar

5 perkara yang buat gua gembira
1-dapat berkerja dan siapkan kerja mengikut spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan seperti yang tertera dalam kontrak yang berserta dengan terma dan syarat..
2.makan dengan gembira(gua semakin hilang selera makan..dengg!!!!)
3.dapat mencuba benda baru.tak kisah ape2 pun.asalkan benda tu rare bagi gua..contoh-puji kontraktor yang bermasalah..
4.lepak sampai lebam..klu bleh satu malam tuh bleh lepak 2 3 tempat lagi padu dan jitu
5.jumpa member2 dan lepak bersama...bnyak lagi ni...

5 sebab gua jawap soklan ni
1-dah cakap dah kan awal2 tadi.lagi mau tanya ka?
2-sebab gua berkerja di opis..
3-gua rasa soklan ni mencabar minda
4-gua rasa benda ni boleh membnuh masa gua sebelum gua pulang ke rumah
5-terpaksa kot.kah kha kah

5 orang nak di tag
1-gua tak reti nak tag orang
2-sila ajar
3-saper yang reka benda ni erk?
4-akan ada notification camFB ker selepas tag?
5-gua nak makan hot dog jap

Tuesday, January 11, 2011

oh yeah!!


ini contoh oh yeah!!

gua hampir pitam bila 1st time tengok rancangan tv berbayar ini.lawak tak ingat.1st time gua tengok kat laman sesawang utube."ckp dengan tenang,mata keatas dan tangan ke bahu"ni ayat yang gua dapat tangkap time mula2 tengok..

afdlin,zizan,johan,nabil,sharifah amani dan ada side kick yang lain.

ape2 hal pun gua masih lagi menyangjung lawak abdul razak musa..gelak sampai terpaksa jumpa bomoh

sampai skang gua masih rasa aura lawak dia..

Monday, January 10, 2011

mencari azam

gua skang tengah menrancang azam mengikut suku tahun.pening gak nak cari azam ni rupanya.gua tak nak azam pakai ckp je.azam mau pakai otak..hahha..masih lagi pening...