Thursday, December 30, 2010

DONE 2010

tahun 2010 gua.......


-bayar zakat-cek

-throw birthday party untuk budak opis to make sure bleh mkan free-cek

-claim ngan opis barang kat stationary-cek

-maki pump attended sebab buat dono-cek

-gaduh ngan budak opis-cek

-bawak kete dari subang perdana ke kuala terengganu 4 hours-cek

-bawak member2 tido kat opis-cek

-kene marah ngan colleague sebab bwak kawan lepak kat opis-cek

-posa sebulan-cek

-buka pose ngan air masak then kurma selama seminggu-cek

-isap rokok dalam opis-cek

-panjat broga hill-cek

-pergi anda baik-cek

-mogok ngan bos-cek

-ponteng keje-cek

-lepak sampai pagi hari weekday-cek

-masuk opis kol 2 petang-cek

-banjirkan opis ngan aircond bocor-cek

-pasang rak opis-cek

-sesat time nak g meeting sampai sudah tak jumpa tempat tuh-cek

-bagi janji manis dalam meeting dengan muka confident-cek

-tau perbezaan antara yayasan tun razak dan bangunan tun razak(sejam orang tunggu meeting)-cek

-2 projek dapat cemerlang(hahhahah)-cek

-2 projek kene take over sebab tak cemerlang(kah kha kah)-cek

-Stewardess tegor dan ajak borak kat airport(tobak dok nipu siket.hahha)-cek

-bawak gunting 2 set dan pisau cukur lipat ke dalam boarding room subang airport(takot dowh)-cek

-cari rumah untuk didiami(macam rumah tikus je)-cek

-berenang 10 round non stop-cek

-kait buah kepala pakai galah.dapat 20 biji tuh-cek

-being a backstabber(dont play harsh with me.ok?)-cek

-tido 12 jam-cek

-tak tido 48 jam tanpa henti-cek

-kene dump dengan awek dowh(dia pilih klcc dowh)-cek

-kene lempang(tak sakit pun)-cek

-tak minum kopi starbuck(orang poyo je minum kopi kat situ.hahha)-cek

-mandi kat ulu yam-cek

-makan nasi arab atas bumbung-cek

-3 company supplier janji nak bagi duit(gua tak ambik k)-cek

-layan chuck season 3 n 4(dexter tak sempat layan.deng)-cek

-tengok movie inception n carlos n man from no where(3 crita terbaik dari 3 buah negara)-cek

-tak baca ape2 buku pun yang membina minda(dengg)-cek

-naik lrt,komuter,ktm dan teksi(public traspot in malaysia worst.compare to sweden)-cek

-berjabat tangan dengan tukar tiub(dia ni islam ke?kah kah kah)-cek

-amik green card-cek

-kene tipu ngan subway n chilis(celaka mahal tempat ni)-cek


Monday, December 20, 2010

suzuki cup Malaysia-Vietcong,2-0

taniah kepada pasukan malaysia kerna berjaya pergi ke final selepas seri untuk 2nd leg dengan vietnam 0-0 di stadium My Dinh Stadium di Hanoi.Tidak sia-sia aku pergi tengok untuk 1st leg di bukit jalil.pergi dengan membawa semangat api,aku masrul apit n isse.disebabkan perancangan kurang kemas maka kami tersangkut dalam jem.parking di carefour(tepi jalan) dan berjalan kaki sejauh sekilometer kot.sampai2 dah abis 1st half.aku mendapat msg menasihatkan supaya tidak beli tiket sebab malaysia main macam budok skoloh.dengan bismilah kami pun beli tiket dan masuk2 kami tunggu jeri n hafiz TM.pastu cari seat.tengok bola.baling mercun.mencarut.tepuk tangan.maki ref.maki pemain.maki lines man.usha awek.bersorak besar 2 kali.dan kami tangguh majlis tersebut dengan istigfar.

lepas tuh pergi makan.dan jalan jem lagi disebabkan oleh kontrator bodoh yang repair jalan.tak reti nak buat traffic management plan.lepas tuh lepak maulana sebab ada kapten timi n jaa.borak2.mengupat skit.dan kami pun pulang.

kos:tiket=rm 20.saman parking=rm100.tol=rm9.=SATISFACTION.kah kah kah

Thursday, December 9, 2010

Felt so down

gua tak pernah rasa camni.rasa nak berhenti keje giler2nyer...i always told myself that''1st time always hard" so i can endure any challenge(not problem)..i dont know how to talk to my bos about this matters.i felt this way about a month ago and what happen last night make this intention growing n unstoppable.i keep this thing to my self because i dont have gut to say to my bos.kind of kesian n appreciate what he had done to me.but if i dont tell him i cannot move on.right now i cannot work.i cannot do my working task..

Wednesday, November 24, 2010

Public Transport(PT)

jangan malu.ini bukan di malaysia

Design review bersama jkr tingkat 9.kol 230 petang.maka aku bersiap pada waktu pagi untuk menemani bos aku pergi design review.tapi dia ckp dia tak dapat pergi.selepas smayang zohor hujan turun dengan lebat.aku pun meminta tolong my colleague untuk hantar.aku hanya ada motor jenis yamaha buruk..dalam otw aku nampak ramai orang lepak kat bawah flyover.

rossi yang menunggang R1 pun akan kene hujan

aku sampai dalam kol 210.aku selalu datang awal unutk sebarang occasion.aku tak suka orang datang lambat..present dengan di adili oleh juri profesional.Ir Aizan.J54 kat jkr.semua ok.aku mendpt 4 komen dan sedikit pujian.hahhaha.alhamdullilah.
balik kol 5 selepas solat asar then TERpaksa pergi ke komuter selepas aku ditabur dengan janji-janji manis dari kasanova.hahah.aku kelihatan seperti pelancong asing kerana ni 1st time aku naik mendalah dari midvalley ke shah alam.."miss how i want to go to batu 3 station.should i make a stop at KL Sentral n buy another ticket "aku bertanyer pada akak kaunter sambil aku membelek2 buku panduan train yang dihadiahkan oleh peja mello supaya aku tak sesat kat kotametropiltan ini."tak payah.ko beli je tiket kat sini pastu tukar platfrom.ko amik platfom 5.paham?"kata akak tu dengan nada sinis.."yes2.i understand.thanks alot"aku balas dengan british accents.
seperti kata isse,waktu ni jadi ikan sardin lah klu naik train.disebabkan aku ini berjiwa besar dan ingin mencuba sesuatu yang baru dan aku yakin dengan pemikiran positif,maka............
"jahanam orang malaysia.tak reti nak beratur ke.tolak2 macam budak sekolah.berebut.bagilah orang keluar dulu"kata hati ku yang bukan rutin harian menaiki lrt.

ini bukan ketapi ke batu 3 yang aku naik

perkhimatan ini amat teruk dan tidak sesuai dengan negara malaysia yang perasan negara maju.komuter adalah perkhidmatan yang tidak menepati masa.suka berjanji manis.PT ini adalah nadi orang yang berada di sekitar selangor.PT blum lagi menjadi life style di malysia kerna kelemahan yang amat ketara.jalan raya akan makin sesak even federal highway ada 10 lane dan sampai bila pun takkan boleh menampung peningkatan jumlah kereta selagi PT tidak menjadi life style di malaysia.orang pakai kereta kerana terpaksa dan kerana PT tak bleh harap.sesetengh orang ckp.time ada bas mini dulu lagi bagus..

aku akhirnya selamat sampai ke batu 3 setelah berhimpit...sekali lagi aku meminta jasa baik cik norzie yang baik hati untuk mengambil aku d batu 3.disebabkan dia tidak menaburkan janji manis maka aku amat berterima kasih.

Tuesday, November 9, 2010

Road to become IR-Straits Design(Schre'der)

hari ni aku kene menghadiran kursus yang di buat oleh Straits Design (SD).Office aku tak ramai yang nak pergi.cuma 4 orang.kehadiran dalam 15 orang.aku orang paling semangat sebab aku yang mintak ngan cik Asmahani untuk buat kursus ni.aku jadi semangat sebab dia bagi CPD 5 hours.aku kene dapatkan 24h untuk engineering talk.Ilmu tuh memang penting tapi klu bleh kautim untuk dapat sijil tanpa g kursus lagi bagus..

SD ni adalah company yang jual lampu Schre'der,pengeluar dari belgium.sebelum perang dunia ke 2 dia dah ada.so sngat established lah.SD ni plak dah 20 tahun kat malaysia.saper nak beli barang bleh ckp lah.harga bleh kautim.satu lampu jalan bleh markup rm50.hahahaahha.

macam biasa kursus ni memang bosan dan mengantuk.tapi time soal jawap yang best.aku cuba mengambil bahagian dengan bertanyer lah...apekah product ni punyer performance kat site banding ngan simulation.(dalam bahasa omputih lah aku tanyer.ingat ape).cam biasa lah orang jual barang ckp..''i bery confident and no doubt that our peloduk as good as in computer generated''said ms lim..pastu panjang lebar dia terang(habuk pun aku tak paham.dia speaking in chinese slang ok.korang lagi lah tak paham)

ada lunch dan balik petang tuh tanpa sempat nak menge-teh.car pooler aku tuh sibuk nak balik plak.ada hal dia ckp.mcm sedap je kueh dia.dengg!!
semalam aku dah dapat sijil yang dijanjikan.19hours to go.

p/s:saper2 ada kursus yang bleh dapatkan CPD sila ckp.lagi bagus klu bleh dapatkan sijil yang dkautim.sekian

Saturday, October 30, 2010

Jandaku Baik

program bercuti bermula bila aku apit n petir lepak skali time bulan posa..mak timbulah idea untuk bercuti ke janda baik(roughly from petir).tujuan utama adalah untuk mengisi jiwa kosong.so kami pun decide saper perlu jadi project manager,project organizer dan kuli....seperti biasa petir jadi bos,aku pembantu dan apit kuli....
program asal hanya nak lepak,bbq dan main ps2 sampai lebam...petir cakap dia ada kenal orang bekas OKU..orang bekas OKU ni dia kenal time bercuti ngan family dia kat janda baik.so kami pun bertambah yakin dengan janji manis beliau yang cakap ada bilik murah..rm100=katil,tv dan peti ais..

aku volunteer untuk buat rempah ayam bakar.cheng cheng cheng alexander...dan semua dah nampak idea nak ajak saper...jaa ise dan poji serta fab..tapi fab ada commitment lain last minit..ohh lupa nak bagitau..OKU tuh ialah orang kuat UMNO.tapi dah malas nak main politik lagi kot..(padahal tak dapat projek)ahhaha..

ding dong ding dong..sampai lah tarikh 23.10.2010..dan perserta yang hadir ialah


semua peserta kelihatan gembira tapi.

seorang peserta kelihatan
sedih(putus cinta)

aku dan petir menyiapkan rempah2 rumah apit.kol 4 pagi baru siap.then tido.noni adalh orang paling commited sebab datang kol 951 tepat sedangkan poji masih lagi bergelut ngan masalh dia kat dengkil..damn..dia paling lambat sampai.semua orang pasrah sebab orang bodoh jer akan marah poji.akhirnya kami menginap bilik RM150 ringgit.ini gambar bilik kami.seorang peserta berbogel bagi menunjukan rasa free mind(censored)

kami makan minum lepak dan bbq serta mandi sungai.then kami pun balik pada hari ahad keesokan harinya.

mereka masih sihat

trima kasih bnyak2 kepada semua ahli.aktiviti s
eperti ini akan dilakukan lagi dari masa ke semasa.

ini tempat yang ada dalam senarai program

Thursday, October 21, 2010

20.10.2010

ada member aku ckp,hari ni dia nak capture the moment sebab 10.10.2010 dia tak ada ape2 yang menarik berlaku.katanyer lah...
hari ni aku kene pergi site tapi aku cam deman2 skit.so aku amik Medical Certerficate dan aku lepak kat opis sambil buat kerja opis..dan fb...malam tuh nozi ajak g makan kat murni SS2.aku ckp ok jer sebab ramai nak joint.lepas bangun tido,aku basuh muka then dia pickup aku cam biasa(deman kan)..malam tuh memang best sebab rosek bawak ousemate yang ada anak..budak tuh nama dia arfah ke ape nama...budak tuh tinggi dan kurus.baru 5 bulan.aku pun buat2 cute lah dan g dukung lah budak tuh...cute sangat dia.aku pun terasa aura cute tuh tempias kat aku...hark tuiiii...
serius aku ckp,rugi kalu kawen lambat.kenapa lah family aku tak bagi aku kawen time umor 18 dulu.ok ape.baru extream...hahhaha.
crita pasal makanan kat sana.makanan kat sana tak lah sedap sngat tapi bnyk choice.murah tuh tak lah jugak.aku makan spageti bolongis (ke ape nama) dan air pinkpanter=rm 17.pasta dia tak best tapi air dia memang terbaik.sebelum balik ada sedikit pencuci mulut iaitu panggilan dari bos suh masuk opis.nak siapkan slide untuk dia g present esoknye..

ape2 pun credit to nozie,liza azie rosek,housemate rosek,ahnaf,bauk,gap...

Thursday, October 14, 2010

MRR2 Pandan Indah

4.40.am
ni adalah projek paling sukar gua pernah buat.sekadar lampu jalan.tapi sebabkan upgrading existing structure.maka projek ini menjadi amat sukar.malam ni gua menerima komen akhir dari bos gua setelah 3 bulan gua buat design.design paling lama gua pernah buat.penat dah rasa nak teruskan.

selepas ini gua kene proceed dengan BQ plak.gua akan sambung lagi sebab malam ni gua dah mengantuk

16.10.2010 12.55am

secara rasmi nye.petang tadi gua g jumpa orang jkr yang sangat baik hati dan gua dah hantar lukisan terperinci bagi susunatur lampu jalan.segala perkara bejalan dengan baik.skang ni gua mesti siapkan BQ sebelum isnin ini.kerana secara rasmi nyer hari isnin ni gua bergelar lembu.
memang banyak benda gua nak pickup dari drawing dan kene alleart dengan bnyak item yang tak lah bnyk cam building.sebab gua malas maka gua rasa cam bnyak jer item kene masukkan .kerja gua bnyak membabitkan duit dan perempuan,orang panggil entertainment.

Monday, October 11, 2010

10.10.10

this not a binary code maa.gua cam biasa lepak kat opis hujung minggu.what a lame!!semua orang pergi majlis kawin lah ape lah.gua stuck kat opis ngan bos gua buat kerja unutk kepentingan rakyat.
hari ni ramai orang kawen.pelancong angkasa yang hensem pun kawen ngan Dr haliza yang cun hari ni.gua pun ada jemputan.tapi mintak maaf farid n anim.gua di pasung kaki dan tangan.hari ni juga ada moto gp.bagi mana2 mat moto yang rasa benda tu best sanggup beli tiket beratus ringgit dan ada yang dapat murah.hahahah(orang dalam beb)-gua memang tak amik pot gnan rossi..sebab dia jantan..

jadi azam gua sempena tarikh binary yang nampak cool ni.gua nak dump life gua yang dah lepas2.gua nak start new life.gua nak stay low.n breath high.so saper2 rasa gua celaka lepas ni dan rasa tak puah hati.bleh cakap terus terang or tulis surat.nanti gua hantar komen tu ke tong sampah...

mana2 jantan dan betina(ore klate sebut jate tino) di luar sana yang nak sngat pilih tarikh ni untuk kawen ke ape ke,dan couple yang baru rasa panas bercinta dan nak confess.or dara yang nak hilangkan dara or teruna nak hilangkan teruna...dah terlambat dan tak payah menyesal..lu semua bleh pilih 11.11.11. or 12.12.12. tinggal 2 tarikh je lagi untuk ditender...

Saturday, October 9, 2010

No more this time


Tonight everything became crystal clear.segalanya sudah selesai.gua menunggu saat yang begitu lama untuk selesaikan tugas ini.sepanjang hidup gua.gua rasakan inilah tugas paling berat pernah gua terima.bukan dari segi emosi but it more to guiltiness n dishonour while doing this task.

gua rasa bersalah dengan orang sekeliling gua dalam proses nak selesaikan tugasan ini.rasa bersalah sebab gua tak profesional mengendalikan tugasan ini.As a consultant,biasa gua buat kerja dengan cemerlang tanpa melibatkan emosi.tapi kali ni ada bnyak emosi terlibat menyebabkan tugasan ini menjadi susah dan sukar.

In consultancy,generally,pls be sure that only a small part of ur emotion r involve.kesilapan adalah benda agung kerna gua boleh belajar.tapi gua tak suka jadi pandir mengulangi kesilapan sama.kah kah kah

Please forgive me what ive done.for sure everything are mistakes cause of un-professionalism n i make thing disconnected.

Friday, October 8, 2010

COW


ni bukannyer lembu..tapi kerjanya agak mcam lembu sawah lah.
1. ape itu cow?clerk of work atau kerani tapak
2.apakah kerja cow?
semasa proses construction,pihak concultan akan menghantar wakil tapak bagi memantau dan memeriksa sebarang proses supply and install on site.wakil tapak seharusnya seorang yang berpewatakakan tegas dan sukar dibeli dengan duit.dia akan bnyak habiskan masa di tapak

tugas cow bnyk mempengaruhi kerja2 di site dan pihak contractor biasanyer membenci cow yang tegas dan tiada budi bicara.cow biasanyer dibeli dengan wang ringgit sebab dia yang approve claim dan ape2 kat site..ermm..kalu xda orang supervise dia,memang jahanam ar jadinyer

3.berapa gaji,kene experience person ker?
gaji mengikut pengalaman.site allowance rm 385 mengikut rate KKR.seorang engineer bleh jadi cow sebab dia dah involve dengan design.tetapi bagi yang bukan engineer dan ada pengalaman kerja pun boleh.yang buta kayu pun boleh.tapi boleh bnyk kene maki lah.

Thursday, October 7, 2010

pretending sometime just making thing..............

bluffing,cheating,pretending,excuse,trick,gimmick,drama,juggle n tell lies are like a drug.take it with a advise n caution.dont get addicted.

when come to the stage of making decision or to solve a tiny little problem.people(me also)sometime make it rashly because they think it will never effecting them self and forgettable.BUT believe me Natalie.when u start to bluffing,doest matter either how smooth u r or how smart u manipulate it.u just make situation from bad to worst.

when people around me said something that sometime i can sense or smell a made up reason or story.i...i really sick of it.seriously lah.just tell me the truth even it really pain in da ass.but it better than u cheat n tell lies.it gona make me sick of that kind of person.if u want to jaga hati y dont u go to orphan ouse.there u can jaga hati every person u meet..again never give this kind of reason
-i busy so i cant call u for the whole week.~just say that u forget her already
-ok2 ill call u back~but u never return her call.
-i eating right now so pls call me back~r the eating process more important than dat person?
-mak saya tak bagi call awak lah~50 years ago it legit lah.uhh
dont bullshitting me lah.kah kah kah

bottom line,when u bluffing.make it smart n as smooth as wind blow.haha.if get caught its better u cover up with better one.or admit it(last choice,but pls dont,just find a great 1)hhaha
yesterday,everything is full with dishonest n pretend.damn hate dat,i dont want to get addicted.hahah
i like to pretend n bluffing also
p/s:natang ape dok tau aku tulis..nak start keje plok..bosang ar

Sunday, October 3, 2010

selamat hari raya

selamat hari raya gua ucapkan pada semua umat islam.sebulan puasa yang penuh tidak membawa ape2 erti pada raya gua.sebab gua rasa taun ni punyer raya tak best dan tak menarik.mungkin sebab ramai member gua dah kawen dan upacara lepak secara berjemaah dah tak meriah.duduk rumah jer raya.pergi ziarah rumah sedara sahaja.thanks to all my friend that drop by to my ouse..kepada yang dapat duit raya taniah lah.yang tak dapat tuh maksudnye lu semua dah tua..

motif perbicangan raya taun berkisar pasal saman kereta cumi dan awek.gua beraya samapi ke kota bharu.kabar angin bertiup kencang ketika gua ke kota bharu...kah kah kah.dan target bulan syawal ialah posa 6.kepada yang tak posa.padan muka.kepada yang puasa sila berbangga dengan amalan anda di kemudian hari.

gua baru posa 1 hari dan akan meneruskannya untuk esok dan lusa dan seterusnye.kepada yang nak duit raya sila mintak ngan gua.gua ada 200 ringgit lagi duit raya yang tak abis.hahha.
satu algi.gua terharu sebab ramai member2 gua yang jauh datang rumah gua tahun ni.kah kahkah..

Saturday, August 14, 2010

3rd-look out point-bukit tinjau

tak sahur lagi..bangun2 jer dah 6 lebih..

menjalankan kehidupan seperti biasa.tetapi aku pergi berbuka ngan norzie..punyer lah susah nak cari tempat makan apabila xnak terlibat ngan jem..so aku pun lepas kerja trus g rumah dia dan g makan kat mana entah...the best part when i meet someone look like shahir..aku dengar lah member aku ni jerit tuh shahir.aku ingat dia main2.aku mana kenal mamt tuh.muka pun 2 3 kali jer tengok dalam tv..sori sebab gua tak layan lu time beria nak amik gambar.hahah

abis jer berbuka balik dan tunggu hafiz datang.malam ni aku rancang nak g lepak bukit tinjau kat ampang.pergi damansara pickup eleen dan lida..datang tepat pada masanyer cuma kurang tepat pada lokasi.hahah..look out point memang terbaik2..view memang cantik dan menarik..amat berbaloi..terbaik dan amat menarik.tapi kedai tutup kol 130.awal giler.

then lepak kampung baru jap.konon2 nak g makan tempat ape ntah.last2 lepak mamak kayu.memang kayu ar..haha lepak sampai sahur then balik..thanks again to all my friend...

p/s sori kepada yang aku janji nak jumpa kat kmpg baru.puok mung royak lambat sngat.

2nd

gua tak sahur

hari paling syahdu buat gua.gua berbuka ditemani air mata..kah kah kah...aku buka posa ngan kurma dan sedikit air masak..lepas sembahyang magrib.aku g makan kat kedai mamak.roti canai n kopi beng..

malam tuh peja ajak g makan kat aimar konar.char keuw lagi..bosan dah aku rasa.haha.

1st day posa

aku bersahur ngan hafiz n juga ellen serta lida wani...bersahur lah sngat.dari kol 10 malam sampai kol 3.30 pagi.hahha.ni orang panggil sahur sampai lebam.aku masuk tido dalam 620am.

this is very wonderfull sahur evah.mailis coner (char kuew tioy) di danau kota.tempat tuh biasa jer.tapi lepak bersama2 member2 yang best.hahahha..u both r great gulz..lama sudah aku tak dengar citer yang tak henti2.lida,anda bleh jadi penglipulara.hahah
eleen,dont take it personally.gua sesat je pun.ok?hahah..kenapa aku xdapat cekelet tuh pih.nak cekelat.hahha:p


berbuka dengan faizal mamat di warung biasa yang kecik.then trus balik...malam tuh pra sahur ngan isse n khamisah.kol 2 baru balik.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat datang kekasihku Ramadhan

Sahaja aku puasa dibulan ramadan wajib keatas diriku kerana ALLAH.

ini bukan sekadar niat tetapi janji kita kepada ALLAH untuk berpuasa.
apa itu puasa?bukan sekdar menahan lapar.tetapi mengikat diri dari nafsu yang amat liar lagi dasyat..puasa adalah senjata yang boleh menahan dan mengajar nafsu.
menahan diri dari melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa..

ketika Allah mencipta nafsu..Dia tanyer kepada nafsu..Siapa kamu dan siapa Aku?maka jawap nafsu.''aku adalah aku dan kamu adalah kamu''.direndam nafsu dalam neraka yang panas selama beribu tahun.dan ketika dikeluarkan.jawapannyer tetap sama.direndam dalam neraka yang amat sejuk,dikeluarkan dan jawapannya tetap sama.tetapi takala dimasukkan dalam neraka yang amat mendhagakan dan lapar.maka nafsu telah mengalah dan berkata..''kamu adalah tuhan ku dan aku adalah makhluk mu''

Iman ghazali berkata ''nafsu itu ibarat kuda liar''.semoga puasa kali ni kita dapat menjinakan nafsu untuk ditunggang ke arah kebaikkan.

Monday, August 2, 2010

one of the most best weekand!!

1st of all.i wanna say tengss to all my friend that committed for makes this weekend unforgettable.

jumaat malam sabtu

kol 730 aku pergi ke bangsar.berjumpa ngan orang jkr.makan kat station 21.just both of us.a lot of thing we conversed.from job.life.family.job again.family.job again..our discussion finished at 1010pm.
then i got to go back to my place becoz ive promise with isse n khamisah..they pick me up at my place.then pick up deqno.after that go to karok kat wangsa walk.raja karok mencadangkan tempat tersebut:).best n worth even kene tunggu sampai sejam baru bleh masuk.lepas karok berpisah ngan isse n khamisah..diorang bawak haluan sendiri..:)kesian isse
lepas tuh lepak ngan musalmiza+deqno sampai pagi.susah jugak cari kedai makan kat KL klu tak tau.:))..kol 530 sampai hopis..credit to deqno kerna menumpangkan hamba yang tiada transport ini.ahaks:)

sabtu

bangun kol 930.tido balik bangun kol 11.then kuar ngan en hafiz.my collogue+elin+lida=memang best:).makan kat chilis memang amat mahal bagi orang kampung seperti ku.kuar dari kol 130pm sampai kol 12.sampai hopis kol 1230.kuar plak ngan norzie+liza=touching..kerja mencari client memang sukar..balik then tido.thanks zie sebab memberi cerita yang menarik

ahad

bangun pagi dalam kol 930.kuar ngan peja pergi pasar mega.dah lama sngat tak pergi.dekat lebih 3 bulan.jalan2..malam tuh kuar lagi.pergi tengok citer inception.agak menarik.lama sudah tidak menonton cerita begitu.selepas itu pergi ke bukit bintang..perhh amat menarik...lepak sampai lebam..kol 530 sampai hopis.then tido kol 630am.amat menarik.bangun pagi kol 930am.pergi kerja....

kerja tak dapat disiapkan kerna ada masalh teknikal.aku perlukan designer.pls teach me..

Saturday, July 17, 2010

aku ingin berblog...



sngat malas untuk mencoretkan ape2 kat sini..jiwa aku terlampau malas untuk berblog.tapi aku akan memulakan kembali...bnyak yang berlaku dalam 3 bulan nie.
-aku ke pulau redang
-aku dapat berita yang aku terpaksa ditukarkan ke kuantan.
-aku jatuh sakit yang amat teruk(sakit jiwa).haha
-aku semakin malas dalam pekrjaan.hahha

redang is the best..and full with sadness...semua nampak happy dan gembira tetapi selepas ni semua tau yang percutian sebegini adalah yang terakhir.semua berperangai mcm budak2..haha..dalam alam pekerjaan.tiada siapa pun tau saper kita sebenar kecuali member2 yang rapat dan family.hahabut everything happen at pulau stay at pulau..say to nobody except yang hadir.hahha

yang menyedihkan kerana 3 orang akan mendirikan rumah tangga dan akan tiada lagi bachelor party mcm nie..

Wednesday, April 28, 2010

P49

CUBA saja bayangkan bahawa alangkah seronoknya suasana election kalau BN tidak bangkit soal arak dan bangkit saja soal pembangunan yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak dan tentu saja seronok keadaannya dan kita begitu happy sekali menyaksikan keadaan.

Dan TV, media yang milik rakyat tidak usahlah menyiar berita yang berat sebelah, cukuplah ala kadarnya sebab media dan TV bukan milik BN dan bukan juga milik UMNO, tetapi dia milik kerajaan yang di dalamnya ada pemerintah dan pembangkang yang bertemu di dewan rakyat.

tetapi kelihatan TV/media lagi selalu saja membatuapikan pemikiran rakyat, menghina dan adu domba yang berita kecil dibikin seperti gunung yang meledak dan habuk sampai ke mana-mana dan keadaan ini menyebabkan rakyat tidak begitu sehat pemikiran mereka.

Cuba saja kita perhatikan TV sejak jam 8 malam berita tersiar asyik mengutuk pembangkang melulu seolah-olah pembangkang itu salah melulu, sedang yang diperkatakan adalah hal nyata/kalau mislnya fitnah, kenapa saja tidak diheret ke mahkamah sebagai kes Fitnah dan kenapa masa Anwar heret ke mahkamah dan anwar menang bicara? bukankah ini satu contoh TV memfitnah sesuka hati ikut telunjuk atasan? Inilah perkara yang sepatut kita elak dan media harus bersifat tengah-tengah dan tidak berat sebelah.

kelihatannya sekarang ini media yang bukan milik pemerintah sesuka hatinya digunakan oleh orang politik untuk menghentam pembangkang dan menelanjangi pembangkang sebulat-bulatnya dan rakyat pula ada yang terpengaruh dengan fitnah semacam itu dan ini menimbulkan kebencian yang meluap2/lalu siapa sebenarnya yang menyalahguna kuasa itu sebenarnya?

Cuba semula kita duduk di atas jambatan ini sambil melihat jauh ke dasar sungai yang tenang dan kita perhati senja yang kemerah2an itu dan bayangkan bahawa esok kita sudah tidak ada lagi di dunia dan yang akan orang ingat ialah kejahatan kita bukan kebaikan yang kita lakukan dan sambil berkata "aha dia itu kaya bapanya yang rampok hak rakyat" dan kelihatan sepanjang hayat anak-anak cucu cicit tidak memakan hasil yang diberkati oleh Allah kerani meraih kekayaan dengan menindih rakyat banyak...

Akhirnyer aku menjadi letih dan bisu terhadap politik malaysia.aku letih melihat ape yang berlaku sekeliling.UMNO sibuk mencari kesalahan pembangkang dan begitu juga dengan pembangkang.Keletihan ini menjadikan aku tidak lagi bercakap pasal politik malaysia.letih,muak,sedih,pilu dan tidak berdaya.Rasullulah tidak pernah merubah negara tetapi merubah insan.Dari muliaan Baginda keluarnye orang yang mulia dan membentuk negara yang indah.
MAKA AKU MEMILIH UNTUK MERUBAH DIRI DAN AJAK YANG TERDEKAT MERUBAH DIRI KERANA SEMUA BERMULA DENGAN DIRI KITA...

p/s:.(kelemahan pembangkang sudah bnyak di main stream so tak perlu dinyatakan disini)


Sunday, April 18, 2010

hometown!!

the best place after johor.ehhehe.aku balik naik flight firefly,time check in aku pilih seat depan sebab luas skit banding yang blakang2.dudk sebelah south african.kulit putih!.aku pun betol2 kan seat n pakai belt.lama gak aku pikir nak borak ape ngan dia ni.prelude.come on pik u can doit. 2 minit gak aku pikir.then aku start..r u working here!(sebab aku tengok dia pakai kemas sngat siap ngan kasut lagi naik flight(aku blasah jer selipar kadang2.ngeee)

dia pun citer dia keje oil n gas n what so ever lah.aku just nak make sure omputih aku ni bleh pakai lagi ke tak.maybe aku agak annoying.tapi itu lah aku.flight take off and just be4 landing baru aku stop borak ngan dia(bleh tahan jugak idea dia ni,bnyak!).aku trus amik teksi dan trus ke rumah.tak sabar nak jumpa family.makk and ayah..aku rasa macam nak borak ngan emak sampai pagi jer.bnyak benda nak citer.keje,keje,keje,kwan2 yang baru dan lama,jodoh dan aper berlaku lately kat rumah.tapi sampai jer rumah semua dah tido.. :( .aku pun nak tido tetiba ada orang call yang cam tau2 jer aku ada kat rumah.diorang ajak hang out then i said ok.i drive to my daud's house.pick him up.then go to KT.hoho best nyer tengok pantai waktu malam n there is alot of people,family and couple.aku suka sngt pantai.hehe.lepak sampai lebam then tido kol 3 pagi.sebelum tido mak dah bangun and dia ajak borak tapi mata ku ini agak berat dan semua tidak menjadi seperti yang dirancang

sabtu pagi bangun lambat..best tido kat rumah.atas tilam yang besar dan luas.:).kol 12 baru pergi kebun ngan mak.ermmm panasnyer.orang semua ckp orang bandar buat kebun.tapi aku tetap respect ngan my parent sebab bleh buat kebun pada usia emas.ayah tak ikot sebab food poisening.kesian ayah.nampak pucat jer..balik jer maka akan ajak aku pergi kebun coz aku jer yang nampak enjoy buat kebun dari dulu lagi(sebenarnyer tu jer masa aku akan bnyak borak ngan ayah aku.dia hnya akan ckp pe2 pun time aku g kebun ngan dia,thats the only way to comunicate with him).seronok bleh tengok mak dah bleh cangkul tanah.dah bleh menebas.dulu time keje gomen dia asma kuat.kuat sngat sampai aku suh dia berhenti keje time aku masih lagi sekolah.time balik tuh aku drive slow jer,sebab nak borak.sama cam aku datang tadi.memang slow jer drive van ni.sampai rumah jer aku kene g rumah ustak hanafi.dia buat majlis bagi orang yang tamat belajar kitab Safinatun Najah(bahtera penyelamat) asas kepada feqah untuk mazhab shafie.aku g sebab meraikan kejayaan member yang bersungguh untuk belajar kitab dizaman manusia semua berebut masuk U dan mencari ilmu dunia.aku kagum ngan semangat diorang:).tapi yang paling best bleh makan gulai tempoyak.not to much if i said,its the best patin gulai tempoyak that i ever taste.tak hanyir.(aku prejudice ngan lauk ni klu kat kedai).balik then borak skit ngan mak sebab tak tido lagi.

pagi ahad aku bercadang jumpa ngan orang TNB(secondary mission).gagal!.aku ke bandar mencari dodol untuk khamisah.berjaya!!so aku trus ke rumah nenek aku.umur around 96.masih sihat.waras.bleh sembayang dan puasa.baca quran.nagi aku itu rahmat.aku peluk cium dia.aku trus duduk sebelah dia dan bercerita.dia suka citer benda2 agama.aku jadi sebak bila dia start berceriter.my eye became crystelize..dia tak perasan kot.sebab masa tuh dah petang dan rumah kayu dia agak gelap.lama sngat kot tak jumpa dan rindu.pas sembayang magrib(kat masjid yang ada kubur untuk pahlawan padang kacung,zaman perang datuk abdul rahman limbong ngan british).g jumpa makcik.pelok dan cium dia(tak pernah aku buat sebelum ni)heheh.then jumpa kak sulaini ngan anak dia yang darjah tiga tapi pandai macam darjah 6.anak cikgu kot!!yang pasti malam tuh aku lepak sampai pagi.kol 2 baru sampai rumah.

isnin pagi aku g meeting sekolah.2 meeting satu hari.moral of the meeting-i must learn mechanical part asap.semua electrical pun tak katam lagi nak kene belajar mechanical.hehe.best2.tak sabar nak jumpa ngan mereka yang mampu meng hadapi diri ku yang annoying.sebelum pulang aku singgah d pantai kelulut.lawa pantai tuh.aku nak beli keropok lekor dengan banyak tapi aku bukak jer wallet ada rm 20.adehh..lupa plak..beli jer lah mana mampu.yang penting ada nanti ape plak kata budak2 opis dan deq no.aku tak nak janji manis.heheh

flight kol 920 pm.so aku kene check in before 850.mintak member hantarkan.tak nak susahkan ayah sebab dia masih lagi tak sihat.salam dan cium mak.ayah ku sekadar salam jer(segan nak cium).otw ke airport,aku rasa masa aku ngan family tak bnyak.pagi aku lebih suka tido,malam aku lebih suka berembun hingga pagi.memang begitu manusia.bila ada depan mata tak hargai dengan sebaik mungkin hinggalah benda tuh hilang.dah hilang baru rasa menyesal tak sudah.....aku check in dan mintak seat depan.dapat!i went back to shah alam with my heart still miss my home town
'rindu akan menjadi semakin beracun bila kita makin berjumpa dan bertentang mata.ubati rindu dengan jauhkan diri dan jauh kan hati'

Saturday, April 3, 2010

Misi mencari Beriani Johor

minggu mecari beriani johor bermula apabila member(peja) gua ni baru balik dari bangkok dangerous.mengidam lah konon(lepas tengok gua post dalam FB).datang ke TTDI Jaya dengan harapan menggunung apibila gua ckp ada beriani sedap kat seksyen 13(kat ukm bangi n uniten is better lah).dia sampai malaysia kol 7,kuar ngan gua kol 9 dengan harapan menggunung.gua nampak dari sinar mata dan tutur kata memang besar harapan ni.masuk kereta n gua terus ke 13.damn!!tutup.
teruskan usaha dan terus ke jm beriani yang tak berapa sedap g tesco.bukak tapi sold out.camni pun boleh ker..pergi ke TTDI Jaya.habis jugak.gua rasa ni memang taktik diorang.samapi kol 930,semua nasi istihar habis sebab dah nak tutup.terus pusing2(sambil jalan kaki kat jm beriani tuh) sambil dengar leteran member gua yang tak paus hati.heheheheh.last2 lepak kat kedai yang tomyam tepi jm.member odar kari ikan tenggiri.gua roti bakar.gua dah kenyang sebenarnye.kari dia ok.cuma ikan macam ikan lama(mana lu nak dapat ikan yagn macam kat terangganu bai.ni kiel).so lepak sampai lebam then trus balik.
pagi sabtu gua ada T&C kat UKM Bangi.gua bangun lambat.kol 1130 sampai sana(gua g meyibuk jer,orang yang nak witness dah sampai awal).testing yang sepatutnya start kol 10 delay sampai kol 1230 sebab genset masih lagi tak setting(bengang,kenapa tak set awal2).buang masa gua jer.sempat test 1 genset 1000kva then pergi makan BERIANI JOHOR yang amat cemerlang kat sana.Anje beriani johor nama kedai tuh.makan,solat then back to work.beres!.balik dengan pantas sebab gua mengantuk.5 sampai opis,tido.7 bangun!
kol 830 kuar ngan peja mellow+gjo.lama tak kuar ngan gjo yang bnyak ajar gua repair moto time belajar dulu.peja masih lagi mengidam beriani johor selepas gua ckp pasal kedai kat UKM.heheeh.g subang!pusing2,last2 lepak kat kedai berhapiran JOHAWAKI(kesian johawaki,dah nak lingkup).gjo mau pulang sebab esok keje.
then gua teruskan aktiviti hang out sebab malam masih muda.g midvalley.peja mengidam tengok movie.berjaya beli tiket denga harga RM5.50 untuk satu tiket dan percuma satu.perhhhh.1st time in my life get this kind of price.tengok under the mountain.gua tak amik pot citer tuh sebab bosan.gua mengatuk sebab bosan.gua asyik borak jer ngan dia untk menghilangkan bosan.3am balik dan bos masih lagi d ofis.borak ngan bos.nak tido tapi nak mengantuk.ni mesti petang tadi dah tido.FB tak bleh bukan.bosan.esok nak g pasartani mega.

Sunday, March 28, 2010

weekand yang boring

jumaat malam
bos ajak main bowling.aku cancel sebab ingat nak hang out ngan isse sampai pagi..rupanya indah khbar dari rupa..hahahhaha.

sabtu pagi
bgun agak lambat dan bermulalah hari yang boring tanpa hala tuju.nasib baik ada keje kat opis,bleh aku lupakan masalh kesunyian tanpa member2 pada hari minggu...mlaam lepak ngan petir yang best.petir adalah member yang best yang aku ada.very trasparent..like to bluffing but i like it.joke,even sometime it silly.lawan PES.tengok Man u.chealsea,bayern.then tido satu katil macam zaman blajar.petir luah perasaan.jarang berlaku dalam hidup aku dan dia.petir tak pernah luah perasaan dengan serius.tapi semalam bnyak sngat yang terbuku(maybe).

hari ni bangun dan balik opis selepas tido umah apit.bos call nak jumpa.then here i am again stuck in office with my bos.i dont like becoz i like to working in weekand alone.2night nobody will enjoy to hang out except me.sepanjang keje ni aku tak pernah rasa hari weekand tu macam weekand sebebnarnyer.sama cam hari biasa.aku tiap malam bleh hang out mancam weekand.sebab masa kita yang kawal,jgan bagi masa yang kawal kita

Saturday, March 27, 2010

Rindu

aku amat rindu berjumpa member lama yang sama2 berjuang denganku dan orang baru yang ada sifat-sifat sahabat dalam hati mereka.berkawan lah dengan ku dengan hati yang bersih dan tiada niat berselindung.kini aku berjumpa dengan ramai manusia yang inginkan apa yang zahir pada ku lebih dari ape yang ada dalam diriku.bertahun ku belajar untuk membentuk diri.bertahun aku belajar untuk melihat kebaikan orang lebih dari keburukkannye.kenapa?kerna jika aku tidak memlatih melihat kebaikan orang lain maka ape kebaikan yang dilakukan akan aku melihat dengan benci."dia derma tu sebab nak menunjuk"."dia tolong tuh sebab nak dapat projek".bnyak lagi lah.ku melihat kebaikan dia dengan kejahatan yang ada dalam hati ku.

(dulu aku ada teman yang sentiasa memotivasikan aku)
taufik latihlah diri mu untuk:
-lihatlah kebaikan orang dan pandanglah keburukan diri.
-tunailah hak saudara islam kamu tanpa kamu tuntut hak kamu
-muliakan mereka yang menghina mu
-maafkan mereka yang menyakiti mu
-berlembut dengan mereka yang mengasari mu
-sayangi mereka yang membenci mu
-halalkan hutang2 mereka terhadapt mu
-beritahu yang benar kepada mereka yang tidak mengetahui
-tidak berdebat dengan mereka yang mencari kemenangan bukan kebenaran
-mengajar perempuan mu melabuhkan tudung kedada dan kepunggungnya agar tidak diganggu lelaki yang jahat
-perangi mereka yang menghina agama walaupun itu saudaramu.

ingatlah,siapakah kau di dunia ini untuk membalas dosa umat manusia?adakah kau diutus untuk membuat kerja-kerja Ilahi?

Sedih

hari ini sekali lagi aku cuba disogok dengan janji manis yang tak pasti.adakah aku ini lelaki yang pentingkan duit dan perhiasan dunia yang pasti akan lebur lebih dari aku cintakan tuhan yang memberi aku ketabahan,kasih sayang,makan,minum,tempat tinggal,hati yang bersyukur,iman dan juga hidayat.inikah tuhan yang aku akan berpaling tadah kerana janji manis manusia.pasti akan tidak.dengan nama Allah yang memegang segala nyawa dan degup jantung ku,aku tidak akan berpaling dariNya.wahai Allah,kasihi lah aku dan cintai aku agar aku tidak lari dari Mu dan melutut dengan hina dan mengharap kepada makhluk ciptaan mu.

adakah ini dugaan atau satu kesalahan aku kerana aku ini terlalu ingin menjaga hati mereka yang berurusan dengn aku?aku harapkan ini kesilapan dan bukan dugaan..tidak akan aku mampu melawan dugaan dari yang Satu jika ia tidak datang berserta rahmat dan kasih sayangnyer.kuat sangat kah kita untuk menerima dugaan dariNya walau pun hanya sekadar lapar dan dahaga?

Jika ada masih cinta dalam hati ini selain Engkau,hapus lah ia sebagaimana hapusnya cinta Ibrahim a.s kepada Ismail a.s.aku datang kemari bukan untuk mencari kekayaan yang sudah aku miliki.aku datang kemari kerana ingin menjadi yang dicintai dan dikasihi.aku mahu belajar untuk membuatkan Kau suka akan tingkah laku ku.aku mahu setiap nafas,degupan,percakapan dan pekerjaan hanya untuk Engkau gembira.

aku kesini bukan mencari kekayaan yang sudak aku miliki,bukan teman untuk ketawa,bukan untuk menjadi Inginieur.aku mahu menjadi yang muttakin.

Tuesday, March 23, 2010

aku dan dia

aku kenal si dia ketika umur aku darjah enam.masa tu aku masih lagi mentah.aku kenal pun member atas member.aku ngan dia ni kacip molek ar time tu.aku cam ada chemistry orang putih kata.aku begitu rapat dan akhirye aku jatuh cinta padanya.cinta kami beputik segar sehingga aku rasa ini lah teman aku yang akan bersama ketika senang dan sukar.ku ketagih dengan ketenangan yang diberikan.

aku masih ingat ketika kami sentiasa bersama ketika hujan dan panas terik.ketika aku begitu penat menghadapi alam persekolah ketika itu lah dia datang menenangkan jiwa dan preasure ku.ramai kawan ku kenal dia dan pernah lepak bersama.sehingga lah aku dapt keputusan upsr.2a2b.ketika itu aku sangka panas hingga ke petang.tapi akhirnya kami berpisah atas sebab yang aku dah lupa.5 tahun kami berpisah.5 tahun aku dalam kerinduan.5 thn ku lihat sahabt ku bercinta denganye.5 tahun aku hidup seorang diri.tetapi aku bisa membiasakan diri.akhirnye aku bebas dari pelukanye

ku masih ingat tahun 2002 ku masuk ke UTM skudai.ketika aku masih lagi mentah,ketika aku masih lagi mencari maksud kehidupan.ketika ku sangka segalya akan bahagia.tapi ku silap.dia muncul kembali dalam hidup ini tanpa aku duga.aku cuba menolak cobaan ketagihan cinta itu namun sayang dan kasih ini berputik kembali.kian mekar dan mewangi.aku semakin terjebak dan kian ketagih dengan ketenangan dan keseronokan bersamanya.aku kian mabuk.aku tewas dalam pelukan nafsu.aku hilang kewarasan dan terus bergelumang tanpa berfikir panjang.7 tahun aku hilang kewarasan.7 tahun tapi dia tetap disisiku.bnyak pengorbanan aku buat untuk dia.bnyak duit aku habis kerna dia.tapi itulah sayang.


sekarang ku bekerja.tiada ape yang dituntut hanya kesetiaan dari ku.tapi itu bukan commitment yang dapat ku beri.aku semakin rimas dan bosan dengan janji dan kepalsuan dalam ketenangan yang diberikan.aku semakin rimas.aku semakin berang denganye.tapi sudah bnyak wang ku melayang.

tanggal 22/03/2010 aku telah membuat keputusan yang aku tidak lagi mahu dikawal dan diarah oleh dia.aku ingin bebas macam orang lain.aku tidak lagi mahu berada dalam pelukan nafsunyer.aku mahu kembali waras.akhirnye aku istiharkan perang dengan dia secara terang-terangan.maaf kan aku wahai rokok.selamat tinggal.aku mahu bebas.aku mahu bernafas seperti dulu.

Monday, March 22, 2010

ibu dan ayah

semalam aku call ibu.cam biasa kami borak2.tapi kali ni aku perasan sesuatu selepas ibu ku ckp"kenapa kerap sangat call mak skng".baru aku perasan yang skang ni aku makin kerap call ibu aku dan hanyer nak dengar suara dia.aku bnyak diam dari bercakap.tak macam dulu.kalu dulu aku dan ibu sama2 bnyak cerita..masing berlawan ckp tapi skang aku macam nak dengar jer suara ibu aku,aku makn kerap call.dulu sebulan sekali pun payah.tapi sekarang hampir setiap hari aku akan call ibu...bukan cerita yang aku nak dengar tapi suara lembut yang sering memberi nasihat,semangat dan motivasi sejak aku kecik lagi.suara yang sering membimbing ku sehingga aku kenal ape itu dunia dan agama.aku makin rindu dan terasa ingin balik ke kampung.hari ke hari dada ku menjadi berat rindukan ibu...

dulu kalau nak pergi utm selepas cuti aku akan salam dan cuim tangan jer.pastu lambai2 tangan skit.settle.tapi skang klu nak berpisah mesti aku cium pipi ibu dan peluk dia erat2.adakah aku makin manja dengan ibu atau ni satu pentanda yang ibu akan pergi...ku harapkan pemergian ibu tidak terlalu pantas dan mengejut seperti pemergian sahabat2 ku.
dadaku menjadi semakin berat.

dulu ibu ku ada lelah yang kuat.aku slalu urut belakang ibu time dia kene asma.aku selalu duduk kat tepi dia pastu urut belakang dia(aku tak suka,sebab penat urut orang.dah lah lame).tapi skang dia dah sembuh macam dah takde lagi lelah tu.lelah tu mcam dah hilang.mungkin sebab dia dah pencen dan selalu ke kebun.tapi bila aku lepak dan borak dengan ibu(berdua) biasanyer tengah malam(sebab ibu aku slalu tido awal pastu bgun balik kol 12 or kol 2pg) aku akan pergi dekat ibu dan urut2 blakang dia sambil2 bercerita.padahal dia dah sihat.pastu klu dia rasa kuku dah panjang dia akan suruh aku potong.aku suka potong kuku ibu tapi skang aku dah jauh..
.dada ku semakin berat.

ayah aku garang.aku slalu gaduh.hehehe.tapi dia best.sporting heheh

Sunday, March 21, 2010

minggu lepak sampai hitam

minggu ni aku lepak dari hari cerah till langit jadi hitam pekat.
minggu paling best.jumpa ramai orang.baru dan lama.Allah telah temukan aku dengan ramai sahabat yang baik dan peramah serta kelakar.mereka banyak memberi benda yang lebih besar dari wang ringgit,motivasi,semamgat untuk bangkit dari jatuh,persahabatn dan peringatan dari yang ESA.
jika miggu ni dapt diulang.pasti akan ku cuba untuk memutarkan masa agar dapat ku ketemu kembali detik indah bersama member yang bnyak menemani aku ketika gelisah.Allhamdulillah

thaks
isse apit petir jeri kassim pejamellow timi ina choi amir-che'we deqno

Saturday, March 20, 2010

berdemo d ttdi jaya


kehadiraan:from left-ise kassim aku jeri petir apit
tempat:ttdi jaya
19/03/2010

jumaat petang isse datang opis aku dengan muka letih....kesian aku tengok rasa nak suruh dia blanje jer.
makan2 di ali coner.tunggu jeri..jeri ckp dia kene keje lah malam tuh.so pukol 11 kena chow.kitorang pun kene consider ar ngan setuasi jeri.orang baru kawen dan masih lagi panas2 suam ngan bini.(nanti ko dah kawen ko tau ar pik)
pastu aku pun lepak ngan ise.bnyak gak dia citer..tapi aku tak amik pot.aku kena layan dia sampai jeri datang.
isse kawan aku yang sama2 berkorban dan bertahan bagi menghadapi dugaan dasyat bagi seorang student u(extand) dan hampir extinct.thaks isse kerna sudi menemani ku ini selama 2 tahun di dunia extand

akhirnye jeri datang(slamat aku).jeri luahakan semua rasa tak puas hati kat aku.aku nampak jeri ada sesuatu nak ckp dan tak pus hati ngan aku.aku dan dia dah bnyak berubah.tidak lagi seperti dulu.sama makan skali dalam talam.susah senang bersama.naik moto bersama.g kuar makan bersama.hampir setiap langkah dan nafas ku akan ada jeri.skang dia dah kawen.aku hilang lagi seorang sahabat yang begitu complex.jeri paling payah nak keluar lepak.bnyak sngat commitment dia.bini, metua,family rakan2 tapi dia berjaya datang.taniah jeri.

kassim datang.modal citer dia berkisar tentang jeddah.hospital dan betina.itu memang nafas dia skang(betina dari dulu lagi).kassim masih lagi mencari aper itu maksud kehidupan(placebo) tapi yang penting dia bayar makan petang tuh.aku terharu.bnyak yang kita orang borak sampai magrib.naik opis aku dan smayang.apit tepon nak datang.ajak petir skali(setuju klu xpayah kuarkan sebarang benda berbentuk matawang)

aku kitaorang bercerita.antara topik nyer:
-kenapa jeri memakai sut kilang dia time datang lepak.dia ckp kene check in kol 11(akhirnye lepak sampai kol 12 lebih.
-kenapa isse masih lagi tak keje(datin mana bela beliau)
-fab dah kaya?
-kemana masrul?
-bos aku tak kesah ke aku duk opis dan kayap dia dah ok ker
-kenapa topek tak nak duduk rumah apit

banyak sngat borak malam tuh sampai lupa.tapi best bleh kumpul ramai2 macm ni.ni 1st time aku lepak ngan jeri selepas majlis kawen dia..rindu jeri tinggi
ingat nak jugak lepak mcm ni sebulan skali ker tapi kene semua bagi commitment.

petir cam biasa ar.motif dia datang bukan nak mengeratkan persahabatan.dia dari rumah dah pikir camne nak bagi aku ni gaduh ngan semua orang.hahaha.apit ialah modal dia yang paling impacable.malam tuh dia agak menyerlah dengan nada sinis menyindir aku yang lemah ini dengan tomahah yang keras lagi beracun.ku diam kerana yang benar akan kuar ibarat cahaya pagi.hahahha.lama tak main PES ngan ko.thanks petir becoz be one of my friend.ko antara orang yang bleh tahan ngan lawak bodoh aku.thaks bagi aku tumpang rumah ko selama 3 hari pertama di shah alam.kah kah kah

dah makan,lepak.minum sampai penuh gelas atas meja..nak balik.semua tunggu petir bayar.....
.
..
.
haram.apit juga yang tolong bayarkan.thanks apit sebab menjadi orang yang bayar malam tuh.dia ni lah yang jadi tempat aku merempat sebelum ku merempat di bilik bos.bnyak tolong aku semasa aku masih lagi muda di shah alam.thanks apit sebab bagi aku tumpang tanpa bayar sesen pun.hehe

semua penat.jeri nak kena g keje.kami bergambar sebelum pulang.
tak jadi pulang kecuali jer.lepak plak kat opis sampai lebam.akhirnyer semua pulang setelah mengambil bahagian2 masing2.
isse tido opis ngan aku


p/s:jeri ajak lagi lepak keesokkan.semua malas nak layan.sibuk.jeri dah ketagih kehidupan bujang yag dah lalu.hehehe





Ise,Deq No dan blog

pagi ni aku bangun awal kerna ise tido kat opis aku.
puas aku rancang ngan ise camne nak bagi alasan klu bos datang serbu time tengah tido.(moto pancit).
g breakfast dengan ise selepas berjaya menyusup dari opis tanpa disedari oleh azmi(tak pernah2 datang opis time weekand.tetiba je ada).
ajak deq no.lambat..........aku borak ngan ise tapi aku tak ambik pot sngat.aku dah abis makan.aku rimas sebab tak mandi.ise cam biasa jer.mungkin dah biasa kot.

tapi akhirnyer muncul.deq no makan.aku n ise odar air lagi.
bnyak kitaorang borak tapi aku tak ingat kecuali satu perkara.
diorang citer pasal blog.
aku kene hasut dek diorang.
macam terpengaruh.aku balik(opis) dan mandi..
aku baca blog deq no...............(dada ku menjadi berat sampai ke petang).
akhirnye aku berjaya menyiapkan blog ni sambil2 chat ngan deq no.(cam payah jer memblog ni)


ku penat..letih.kecewa tak bleh g naik belon terbang