Wednesday, March 30, 2011

Kena Halau?

Hari ni sekali lagi gua belajar perkara baru dalam alam perunding.Macam biasa hari ni gua tido kat opis.dan macam biasa jugak setelah 2 3 orang budak opis gua berusaha"buck up man,kamon u can doit" barulah gua bangun.bangun je tido gua trus pergi push up,jongging,mandi then berzikir bagi kesihatan rohani dan jasmani.diselit juga dengan breakfast.

semua benda2 basic ni settle kol 1030 pagi.gua bukak jadual perancangan harian then gua nampak ada meeting kol 1030 pagi.ye betol 1030 dan gua tak silap tengok sebab semalam gua dah make sure waktu dan temapt meeting ni.macam biasa,gua tak gelabah dan tidak sesekali melatah!!.untuk informasi tuan dan puan,gua tiada semangat jepun bagi mana2 meeting yang membabitkan pembinaan jalan raya.sebab part M&E akan disentuh disaat akhir sebagai penambah perisa je dalam meeting.

Projek gua bertajuk PENYURAIAN LALULINTAS BAGI PERSIMPANGAN BERTINGKAT PANDAN INDAH MRR2,KUALA LUMPUR.so gua sampai ke site office pandan indah tepat 1121 pagi.
meeting sedang berjalan namun kali ni gua dapat merasa bahang kehangat dan suasana tegang dalam meeting kali ni.gua dapat menghidu bau keras benci dan amarah tuan Superintending Officer a.k.a S.O..semu orang kelihatan mengangguk tanda bersetuju yang amat dengan S.O tersebut..Orang JKR Elektrik sedang dibakar hidup2 oleh S.O tersebut dan gua masuk dengan tenang dan mengangkat tangan sambil berkata"maaf menyampuk tuan pengerusi,sy dari blah blah dan sy adalah blah blah untuk projek blah blah blah ini."penerangan tenang dan ringkas dari gua tak berjaya menyejukan hati beliau.tapi semua orang dalam meeting amat bagus dan amat mudah mengangguk dan bersetuju dengan S.O ni.(bagus benor S.O ni*bilang hati kecikku)

.selepas sejam.....jeng jeng jeng.gua lupa dah ape berlaku tetapi ada sedikit perdebatan antara gua dan S.O tersebut then dia berkata"awak tau i can get u out from da meeting"sambil tergagap2 dan broken english*nebermind."u want to get out from this meeting or what"...gua trus cakap tak nak sambil sengeh2 cengkerang busuk then gua dapat rasa telinga dan muka gua panas*ape salah ku????

Bahang panas telinga bertahan jugak dekat 5 minit.selepas majlis ditangguhkan, gua jumpa dengan orang Civil dan dia ckp"len kali angguk je dia ckp,jgan lawan.semua orang dah masak dengan dia."..."aku mana tau ni 1st meeting aku sejak projek ni kick off"bilang gua dengan nada menyesal sebab tak pernah datang site meeting.patut lah nobody dare to stand up against his idea...

S.O=orang yang berkuasa menentu hala tuju projek.orang JKR biasanye untuk projek kerajaan

Sunday, March 27, 2011

Berhenti kerja

Perkara ni melanda jiwa setiap orang yang kurang motivasi..gua yang pernah berguru dengan Fadzilah kamsah pun pernah kene.apa lagi orang kebnyakkan macam korang semua.Hebatnyee dugaan ni bergantung pada individu.ada yang kene penangan sehebat tiger wood.ada sekadar Roger Federer(bukan agen federal investigation biro).FBI ni slalu dikaitkan dengan Amarika.sebenarnya kat malaysia ada FBI.Faizul bin ismail(mail radio)..dia ni member gua.orang panggil Fab.bapak dia otai repair barang2 electronic.memang otai gile.zaman bapak korang main selut lagi,atuk dia dah masuk Univeristi.gua cakap lu...dia ni bukan sebarangan punyer makluk.dia format komputer masa umur 12 tahun dengan hanya membaca manual.skang dia dah jadi designer guna PLC dan ape ntah.klu kene gaya dan pencaknye senang2 je dia bleh hack ape2 laman web yang ada .gov.com ni.tapi angkara DotA, semau menjadi kelam.borland C++ pun gua tak lepas.so tak bleh nak gembang pasal programing ni.

Last week budak opis gua tertekan sampai nak berhenti kerja.(kah kah kah).
Ok mari kita mengenal punca2 penyebab seseorang kurang motivasi dalam kerja!!
1.tekanan kerja yang seberat 15000 Pascal.[1 Pa (Pascal) = 0.000145037738 Psi (Pound Per Square Inch).Psi is 1 pound of force per square inch. Pascal equals to a force of newton per square meter.].dalam bahasa kampugnye sama seperti 1500kilo diletakkan di kawasan sebesar 1 meter persegi

2.Semasa menyiapkan kerja tersebut bnyk sngat benda dia tak tahu.bnyk macam bintang dilangit.bnyk sngat misteri yang dia xbleh jawap.macam string teory atau quantum physic.

3.biasanye disebabkan oleh kebosanan melampau.

4.jenis yang suka tukar kerja

bnyk lagi lah sebab.nak tau bleh google sebab2 orang berhenti kerja.jadi budak opis gua ni dia baru lagi dan bnyk lagi tak tau so last2 bos suruh otai(gua) yang siapkan BQ beliau.BQ ini berbeda sama skali ya bapak2 jika diperbandingkan dengan BBQ.Bill Of Quatity ni dia tak reti sangat buat.gua pun dengan poyonye membantu.namun-------jauh panggang dari api.gua habuk pun tak tau ape yang dia design.esok dah nak kene hantar.maka malam tuh kami semua mengambil sedikit methamphetamine bagi menjana kosentrasi untuk menyiapkan sebelum pukul 230 petang esok.nak dipendekan cerita siaplah BBQ kami.Petang esoknye gua pun temankan budak ni pergi hantar tender drawing n BBQ dia ni ke jalan kemuja kat bangsar.gua memecut E240 masterpiece dengan tenang dan sampai tepat 230 kat sana.

lepas tuh gua cooldown-kan dia dengan mencadangkan untuk meng-usha awek kat midvalley.ajak dia makan McD. gua payung dia.gua dengan coolnye parking dekat valet parking dan dengan coolnye sekali lagi gua byar RM15 sejam.padu!!.

maka bermulalah sesi luah perasaan,dia ckp dia nak berhenti kerja sebab-sila rujuk contoh 1 dan 2 diatas.gua pun ckp"abg dulu pun sama.abg dulu mula2 masuk kerja,bos trus bagi design 2 projek.projek bukan kecik2.satu 3 juta.satu lagi 10 juta.abg as an extend student dan biasanye tak lut dengan preasure ni pun dah 2 kali nak berhenti.abg paham sngat perasaan ni.skang adik nak pegi mana dan nak makan ape.abg bleh bagi.jgan risau.lepas ni adik bleh trus balik."bilang gua dengan tenang sambil menyedut rokok dan mata jauh merenung ke depan.

P/S:bos gua ada bagi RM100 dan kunci kete sebelum gua menjejak turun dari opis

Tuesday, March 15, 2011

Value managment

gua dah prepare sejak hari sabtu lagi.gua dah lap2 kayu golf n kasut golf gua.gua dah g amik driver club yang gua tempah.untuk M&E part gua dah lama ready.semua dah dalam kepala gua sejak tahun lepas..

13.3.2011

bertolak2 kol 745 malam dari kampung melayu subang.sampai tanah tinggi genting kol 845.tapi tak sampai tempat cina main judi tuh.jauh skali tmpat ada chinadoll.tapi kat Hotel Awana Genting je.program start dengan seminar penerangan or short brief orang putih panggil.seminar start kol 830pm.then gua nampak semua melayu.so kol 9 lah start.dulu time kat jepun xdanye lambat sampai setengah jam.hahah.

14.3.2011
bangun pagi.tak sempat jogging sebab semalam duk lepak ngan geng2 consultant sembang sampai 3 pagi.so bangun pun kol 7.gerak g breakfast.kol 9 masuk.start lah period yang membosankan.sampai kol 11 malam.

15.3.2011
buat benda sama cuma semalam gua tido awal.oh lupa nak ckp.value managment ni sebenarnye adalah program untuk potong bajet bagi projek yang melebihi dari RM 50 juta.relatively adalah untuk merembat duit projek yang bleh dijimatkan untuk menampung ketirisan yang dari dana malaysia.ni arahan najib pada 28.2.2011.sah2 kerajaan dah takde duit nak mengundi.pastu pegi beli lagi kapal selam yang tak bleh menyelam buat pe.bilion tuh.bukan skit2.ni projek ciput pun nak kacau..(ada unsur kebencian dalam hati gua sebab kene hadir seminar buang masa ni)

update

16.3.2011
tinggal satu hari lagi hari yang membosankan.green kat sini ok lah.ahhahah

update 2

17.3.2011

gua punyer proposal tentang power saver dalam street lighting diterima dengan positif..Economic Planning Unit(EPU) telah bersetuju nak letakkan RM79000 untuk benda tuh.ini je sumbangan gua bagi menjadikan bumi lebih hijau..orang putih panggil menatang ni green technology.gua tak brapa nak paham sngat.orang JKR panggil GBI standard untuk bangunan.gua panggil benda ni keuntungan.saper2 nak pakai bleh contak gua..


Monday, March 7, 2011

Makan Free

5.3.2011 aku pergi ke JB atau lebih tepat skudai.tempat ni bnyk menyimpan memori suka dan duka hidup aku.situlah tempat aku mengenal ape itu ijazah kejuruteraan elektrik.aku berada di skudai tak lah lama tapi klu ada baby dilahirkan time aku menjejakkan kaki di skudai, sempat aku tengok dia daftar skolah darjah 1..bnyak sngat kenangan sehingga aku sanggup pergi kenduri member aku ni yang aku bleh kira brapa kali aku borak dengan dia.

aku pergi dengan semangat halilintar.3 jam orang drive(Ina) aku rasa sekejap je.sampai2 je aku jumpa kerol(cina memang janji bleh pakai) kat McD UTM.(perhh dah ada burger king kat sebelah dia).dengar citer camne cina buat bisnes skit..yang lain..ermmmmm ada baru bangun tido.gunting rambut.itu lah ini lah.pendekkan cerita pergi kenduri.jumpa nazri dan pasangan.fakri dan pasangan.izeharudin seorang diri.disusuli olek soksek dan pasangan serta anak.serta fatimi ditempat terakhir juga bersama pasangan dan fatihah isyira.

lepas makan,salam.sambung lepak kat taman u.lepak kat kedai yang timi pernah kantoi ngan awek mana ntah.then aku pun berangkat pulang dengan anak pak bakar pukol 530.aku pulang dengan perasaan lemau...serius aku ckp,nak balik aku rasa mcm 10 jam dalm kete.lama nak mampos...ikotkan hati aku nak tido je kat jb tuh..tapi dah bawak budak bawah umor memang susah skit lah.

p/s:gambar akan diupload berkadar terus dengan kecekapan nurzarina...semua ada kat dia.
aku tak salam kaut pun.wakilkan pada ina je.