Saturday, August 14, 2010

3rd-look out point-bukit tinjau

tak sahur lagi..bangun2 jer dah 6 lebih..

menjalankan kehidupan seperti biasa.tetapi aku pergi berbuka ngan norzie..punyer lah susah nak cari tempat makan apabila xnak terlibat ngan jem..so aku pun lepas kerja trus g rumah dia dan g makan kat mana entah...the best part when i meet someone look like shahir..aku dengar lah member aku ni jerit tuh shahir.aku ingat dia main2.aku mana kenal mamt tuh.muka pun 2 3 kali jer tengok dalam tv..sori sebab gua tak layan lu time beria nak amik gambar.hahah

abis jer berbuka balik dan tunggu hafiz datang.malam ni aku rancang nak g lepak bukit tinjau kat ampang.pergi damansara pickup eleen dan lida..datang tepat pada masanyer cuma kurang tepat pada lokasi.hahah..look out point memang terbaik2..view memang cantik dan menarik..amat berbaloi..terbaik dan amat menarik.tapi kedai tutup kol 130.awal giler.

then lepak kampung baru jap.konon2 nak g makan tempat ape ntah.last2 lepak mamak kayu.memang kayu ar..haha lepak sampai sahur then balik..thanks again to all my friend...

p/s sori kepada yang aku janji nak jumpa kat kmpg baru.puok mung royak lambat sngat.

2nd

gua tak sahur

hari paling syahdu buat gua.gua berbuka ditemani air mata..kah kah kah...aku buka posa ngan kurma dan sedikit air masak..lepas sembahyang magrib.aku g makan kat kedai mamak.roti canai n kopi beng..

malam tuh peja ajak g makan kat aimar konar.char keuw lagi..bosan dah aku rasa.haha.

1st day posa

aku bersahur ngan hafiz n juga ellen serta lida wani...bersahur lah sngat.dari kol 10 malam sampai kol 3.30 pagi.hahha.ni orang panggil sahur sampai lebam.aku masuk tido dalam 620am.

this is very wonderfull sahur evah.mailis coner (char kuew tioy) di danau kota.tempat tuh biasa jer.tapi lepak bersama2 member2 yang best.hahahha..u both r great gulz..lama sudah aku tak dengar citer yang tak henti2.lida,anda bleh jadi penglipulara.hahah
eleen,dont take it personally.gua sesat je pun.ok?hahah..kenapa aku xdapat cekelet tuh pih.nak cekelat.hahha:p


berbuka dengan faizal mamat di warung biasa yang kecik.then trus balik...malam tuh pra sahur ngan isse n khamisah.kol 2 baru balik.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat datang kekasihku Ramadhan

Sahaja aku puasa dibulan ramadan wajib keatas diriku kerana ALLAH.

ini bukan sekadar niat tetapi janji kita kepada ALLAH untuk berpuasa.
apa itu puasa?bukan sekdar menahan lapar.tetapi mengikat diri dari nafsu yang amat liar lagi dasyat..puasa adalah senjata yang boleh menahan dan mengajar nafsu.
menahan diri dari melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa..

ketika Allah mencipta nafsu..Dia tanyer kepada nafsu..Siapa kamu dan siapa Aku?maka jawap nafsu.''aku adalah aku dan kamu adalah kamu''.direndam nafsu dalam neraka yang panas selama beribu tahun.dan ketika dikeluarkan.jawapannyer tetap sama.direndam dalam neraka yang amat sejuk,dikeluarkan dan jawapannya tetap sama.tetapi takala dimasukkan dalam neraka yang amat mendhagakan dan lapar.maka nafsu telah mengalah dan berkata..''kamu adalah tuhan ku dan aku adalah makhluk mu''

Iman ghazali berkata ''nafsu itu ibarat kuda liar''.semoga puasa kali ni kita dapat menjinakan nafsu untuk ditunggang ke arah kebaikkan.

Monday, August 2, 2010

one of the most best weekand!!

1st of all.i wanna say tengss to all my friend that committed for makes this weekend unforgettable.

jumaat malam sabtu

kol 730 aku pergi ke bangsar.berjumpa ngan orang jkr.makan kat station 21.just both of us.a lot of thing we conversed.from job.life.family.job again.family.job again..our discussion finished at 1010pm.
then i got to go back to my place becoz ive promise with isse n khamisah..they pick me up at my place.then pick up deqno.after that go to karok kat wangsa walk.raja karok mencadangkan tempat tersebut:).best n worth even kene tunggu sampai sejam baru bleh masuk.lepas karok berpisah ngan isse n khamisah..diorang bawak haluan sendiri..:)kesian isse
lepas tuh lepak ngan musalmiza+deqno sampai pagi.susah jugak cari kedai makan kat KL klu tak tau.:))..kol 530 sampai hopis..credit to deqno kerna menumpangkan hamba yang tiada transport ini.ahaks:)

sabtu

bangun kol 930.tido balik bangun kol 11.then kuar ngan en hafiz.my collogue+elin+lida=memang best:).makan kat chilis memang amat mahal bagi orang kampung seperti ku.kuar dari kol 130pm sampai kol 12.sampai hopis kol 1230.kuar plak ngan norzie+liza=touching..kerja mencari client memang sukar..balik then tido.thanks zie sebab memberi cerita yang menarik

ahad

bangun pagi dalam kol 930.kuar ngan peja pergi pasar mega.dah lama sngat tak pergi.dekat lebih 3 bulan.jalan2..malam tuh kuar lagi.pergi tengok citer inception.agak menarik.lama sudah tidak menonton cerita begitu.selepas itu pergi ke bukit bintang..perhh amat menarik...lepak sampai lebam..kol 530 sampai hopis.then tido kol 630am.amat menarik.bangun pagi kol 930am.pergi kerja....

kerja tak dapat disiapkan kerna ada masalh teknikal.aku perlukan designer.pls teach me..

Saturday, July 17, 2010

aku ingin berblog...



sngat malas untuk mencoretkan ape2 kat sini..jiwa aku terlampau malas untuk berblog.tapi aku akan memulakan kembali...bnyak yang berlaku dalam 3 bulan nie.
-aku ke pulau redang
-aku dapat berita yang aku terpaksa ditukarkan ke kuantan.
-aku jatuh sakit yang amat teruk(sakit jiwa).haha
-aku semakin malas dalam pekrjaan.hahha

redang is the best..and full with sadness...semua nampak happy dan gembira tetapi selepas ni semua tau yang percutian sebegini adalah yang terakhir.semua berperangai mcm budak2..haha..dalam alam pekerjaan.tiada siapa pun tau saper kita sebenar kecuali member2 yang rapat dan family.hahabut everything happen at pulau stay at pulau..say to nobody except yang hadir.hahha

yang menyedihkan kerana 3 orang akan mendirikan rumah tangga dan akan tiada lagi bachelor party mcm nie..

Wednesday, April 28, 2010

P49

CUBA saja bayangkan bahawa alangkah seronoknya suasana election kalau BN tidak bangkit soal arak dan bangkit saja soal pembangunan yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak dan tentu saja seronok keadaannya dan kita begitu happy sekali menyaksikan keadaan.

Dan TV, media yang milik rakyat tidak usahlah menyiar berita yang berat sebelah, cukuplah ala kadarnya sebab media dan TV bukan milik BN dan bukan juga milik UMNO, tetapi dia milik kerajaan yang di dalamnya ada pemerintah dan pembangkang yang bertemu di dewan rakyat.

tetapi kelihatan TV/media lagi selalu saja membatuapikan pemikiran rakyat, menghina dan adu domba yang berita kecil dibikin seperti gunung yang meledak dan habuk sampai ke mana-mana dan keadaan ini menyebabkan rakyat tidak begitu sehat pemikiran mereka.

Cuba saja kita perhatikan TV sejak jam 8 malam berita tersiar asyik mengutuk pembangkang melulu seolah-olah pembangkang itu salah melulu, sedang yang diperkatakan adalah hal nyata/kalau mislnya fitnah, kenapa saja tidak diheret ke mahkamah sebagai kes Fitnah dan kenapa masa Anwar heret ke mahkamah dan anwar menang bicara? bukankah ini satu contoh TV memfitnah sesuka hati ikut telunjuk atasan? Inilah perkara yang sepatut kita elak dan media harus bersifat tengah-tengah dan tidak berat sebelah.

kelihatannya sekarang ini media yang bukan milik pemerintah sesuka hatinya digunakan oleh orang politik untuk menghentam pembangkang dan menelanjangi pembangkang sebulat-bulatnya dan rakyat pula ada yang terpengaruh dengan fitnah semacam itu dan ini menimbulkan kebencian yang meluap2/lalu siapa sebenarnya yang menyalahguna kuasa itu sebenarnya?

Cuba semula kita duduk di atas jambatan ini sambil melihat jauh ke dasar sungai yang tenang dan kita perhati senja yang kemerah2an itu dan bayangkan bahawa esok kita sudah tidak ada lagi di dunia dan yang akan orang ingat ialah kejahatan kita bukan kebaikan yang kita lakukan dan sambil berkata "aha dia itu kaya bapanya yang rampok hak rakyat" dan kelihatan sepanjang hayat anak-anak cucu cicit tidak memakan hasil yang diberkati oleh Allah kerani meraih kekayaan dengan menindih rakyat banyak...

Akhirnyer aku menjadi letih dan bisu terhadap politik malaysia.aku letih melihat ape yang berlaku sekeliling.UMNO sibuk mencari kesalahan pembangkang dan begitu juga dengan pembangkang.Keletihan ini menjadikan aku tidak lagi bercakap pasal politik malaysia.letih,muak,sedih,pilu dan tidak berdaya.Rasullulah tidak pernah merubah negara tetapi merubah insan.Dari muliaan Baginda keluarnye orang yang mulia dan membentuk negara yang indah.
MAKA AKU MEMILIH UNTUK MERUBAH DIRI DAN AJAK YANG TERDEKAT MERUBAH DIRI KERANA SEMUA BERMULA DENGAN DIRI KITA...

p/s:.(kelemahan pembangkang sudah bnyak di main stream so tak perlu dinyatakan disini)