Wednesday, February 23, 2011

Golf


sukan untuk orang lemah fikiran.sukan orang lemah fizik.macam2 lagi lah orang ckp.tapi bagi aku.golf ni adalah sukan.jika anda main golf,anda berkemungkinan jugak bermain saham.anda jugak mesti handal dalam kontrak n projek.projek anda mesti berjuta ringgit.anda mungkin juga ada kabel datuk.awek anda paling bangsat pakai volkswagen golf gti.anda amat mustahil lepak di warung biasa.paling cikai kopitiam.kerja anda tiap2 hari adalah meeting2.tak abis2 dengan meeting.hhaha..hari ni singapore.esok china.lusa wales.tulak pinang..perhhh.jam tangan anda mungkin bleh beli saga 2nd hand..ermm!!kereta anda jgan ckp lah..audi A4 quattro tuh kete paling buruk dan slow yang anda pakai..cincin je dah bleh beli moto aku senang2 je.

jika anda ada moto.gaji tak sampai 1k.awek takde.kejekais pagi makan pagi.jgan duk ngada2 nak menggila dengan sukan tiger wood ni.jgan ngada2 nak tukar nama jadi lion steel.


ini adalah golf gti.digunakan atas jalan.cukai melebih 120%


350-500 lekuk pada bola golf secara purata


lengkuk ini secara teori bleh kurang drag.konsep yang sama pada bola golf.kereta ini dbina oleh team mythbuster (S6).didapati berkesan dan mempunyai kesan positif.berminat?

ini adala buggy car.kerajaan telah hapuskan cukai import benda ini untuk rakyat.taniah!!


Monday, February 21, 2011

Jalan kampung

design lampu jalan kat area chendering.jalan nak ke istana.aku start buat 3 hari lepas dan hari ni aku siapkan design untuk projek 2 juta...projek ni kecik ..design konsep 1 hari.design detail 1 hari.dan siap lukis satu hari.tapi masih lagi di preliminary design.aku masih lagi buat design yang low cost n narrow concept.cost untuk civil aku agak dalam 50 juta.dengan land acquisition lagi.jalan ni lebih kurang 3 kilometer.

aku benar2 berharap dapat projek yang agak besar..ermm

maka celakalah mereka yang design n built projek ni


Sunday, February 20, 2011

Rasa nak bela arnab

ini adalah arnab..orang putih panggil rabbit.

teringat time aku kecik2 dulu.aku pengalaman pernah bela arnab.semua bermula bila ayah aku beli 2 ekor.jantan dan betina.so kami adik beradik seronok dan semua cam beri perhatian penuh.semua berebut nak bagi makan.nak bagi minum.nak bagi itu nak bagi ini..semua buat dengan iklas.dan....dah besar dan beranak.anak dah besar dan beranak lagi.dan beranak lagi.sekali beranak bleh sampai 10 ekor.

masa berlalu dan jumlah yang aku bela sampai lebih 50 ekor.time tuh aku darjah lagi lah.aku pun lupa darjah brapa.tapi aku skolah petang.so pagi kene bagi arnab makan.balik skolah pun kene bagi.makanan shj 50 kilo seminggu.memang bnyak lah arnab ni makan.-orang lain semua dah tak amik pot.hahhaha

arnab paling aku suka dari baka australia.besar dan dia ada bulu yang amat lebat dan tebal kat leher.cam lilit skaf..tuh adalah arnab yang aku bela sampai kerjaya aku tamat sebagai penternak arnab..semua berakhir apabila makanan arnab naik seiring kenaikan minyak dunia.so ayah aku decide supaya aku lupakan hobi menternak arnab yang dah jadi macam ladang menternak haram.
so..semua arnab tuh disembelih sedikit demi sedikit(daging dia best).yang blum akhil baligh bagi kat budak2 skolah yg lalu depan rumah aku time abis skolah-rumah aku depan skolah.seingat akulah.xda sekor pun yang djual.semua bagi free..

last skali tinggal arnab australia ni.baka yang ni je aku bela.tapi satu hari time nak balik kampung.kitorang semua stuju untuk lepaskan kat laman.then bila dah balik dari kampung tuh,arnab tuh dah hilang.time tuh aku yakin arnab tuh dah naik kelangit bertemu kawan2 dia yang dah mati kene sembelih(sedih beb)...selepas 10 tahun-aku trpikir mungkin dia kene makan dengan anjing.tetapi berdasarkan bukti baru dan siasatan lanjut.dia mungkin melarikan diri.motif blum pasti either dia takut or sunyi.ermmm!!open verdict..

tampak comel..tapi klu dia gigit.perhh pecah jari!!

Sunday, January 23, 2011

Keje 7 hari seminggu

Ini kenyataan rasmi dari gua.bila diperhatikan budaya dan corak berkerja rakyat malaysia selama 5 hari seminggu dah cuti 2 hari dalam seminggu,gua agak tidak bersependapat kerana bagi gua setiap hari isnin semua orang akan cakap takde mood lah,xpanas lagi lah.tak IN lah.tak padu lah.orang putih panggil monday blues.ini semua kerna gara2 cuti dihari minggu yang akan membekukan sebahagian dari semangat kerja seseorang.

gua pun kadang rasa benda yang sama.gua amat benci bila terkena monday blues.sebab gua akan datang lambat dan lepak di kedai lebih lama.so pada pandangan rambang dan secara tidak mengambil kira sensitiviti orang melayu dengan bersahaja gua cadangkan rakyat malaysia bisa berkerja 23 hari sebulan dan cuti seminggu tiap2 bulan..bila gua kerja 7 hari seminggu.gua akan lebih jitu dan padu.hari sabtu gua masuk opis dan buat kerja dengan tekanan yang sedikit dan hari ahad pun sama.bila tiba hari isnin,semangat gua mengalahkan perdana menteri venezuala.kerja dan keputusan gua akan lebih tuntas.

gua mintak maaf jika ada pihak dari mana2 kementerian terguris dengan tulisan gua.jika First Lady of Malaysia Division terguris.bleh pergi jahanam dan selam kepala dalam perigi buta.

Sunday, January 16, 2011

LIMA

gua buat ni demi kawan gua(dekno) k...kah kah kah..seumur hidup gua tak pernah isi form macam ni..klu ada salah silap jgan maki atau jolok.tolong tunjukkan.!!

5 nama samaran gua
1.topek(ramai)
2.chaos_aria(ni nama hacker gua di alam cyber)
3.abg pek(adik saya yg comel panggil)
4.abg sayang(tak pernah dengar lagi..ciss!!)
5.bigfut.panda.beruang.(nama2 untuk mereka yang rapat saja,jgan main sebut sembarangan.silap2 bleh pecah bibir.sekian)

5 tarikh penting
1. 27 april(gua lahir)-tiru deqno sbb xda idea
2. tarikh meeting
3.tarikh hantar submition bila authority lambat bertindak
4. tarikh beli barang yang mahal-biasanya gua tulis kat barang tuh
5-tarikh gua akan mati-ermmmmmmm

5 perkara gua buat semalam
1.gua siapkan table tender document(klu tak tau sila tanyer google)
2.tido dengan bismilah..
3.gua cuci tandas rumah gua(rajin kan gua?)
4.gua masih mencaria azam tahun baru
5.tengok bola,kutuk2,maki2 dan akhiri majlis dengan istrigfar

5 perkara yang buat gua gembira
1-dapat berkerja dan siapkan kerja mengikut spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan seperti yang tertera dalam kontrak yang berserta dengan terma dan syarat..
2.makan dengan gembira(gua semakin hilang selera makan..dengg!!!!)
3.dapat mencuba benda baru.tak kisah ape2 pun.asalkan benda tu rare bagi gua..contoh-puji kontraktor yang bermasalah..
4.lepak sampai lebam..klu bleh satu malam tuh bleh lepak 2 3 tempat lagi padu dan jitu
5.jumpa member2 dan lepak bersama...bnyak lagi ni...

5 sebab gua jawap soklan ni
1-dah cakap dah kan awal2 tadi.lagi mau tanya ka?
2-sebab gua berkerja di opis..
3-gua rasa soklan ni mencabar minda
4-gua rasa benda ni boleh membnuh masa gua sebelum gua pulang ke rumah
5-terpaksa kot.kah kha kah

5 orang nak di tag
1-gua tak reti nak tag orang
2-sila ajar
3-saper yang reka benda ni erk?
4-akan ada notification camFB ker selepas tag?
5-gua nak makan hot dog jap

Tuesday, January 11, 2011

oh yeah!!


ini contoh oh yeah!!

gua hampir pitam bila 1st time tengok rancangan tv berbayar ini.lawak tak ingat.1st time gua tengok kat laman sesawang utube."ckp dengan tenang,mata keatas dan tangan ke bahu"ni ayat yang gua dapat tangkap time mula2 tengok..

afdlin,zizan,johan,nabil,sharifah amani dan ada side kick yang lain.

ape2 hal pun gua masih lagi menyangjung lawak abdul razak musa..gelak sampai terpaksa jumpa bomoh

sampai skang gua masih rasa aura lawak dia..

Monday, January 10, 2011

mencari azam

gua skang tengah menrancang azam mengikut suku tahun.pening gak nak cari azam ni rupanya.gua tak nak azam pakai ckp je.azam mau pakai otak..hahha..masih lagi pening...