Friday, July 8, 2011

Demam Kuning

minggu ni memang sngat suram.orang marang ckp gloomy..gua demam sebab buatan orang.semua orang suruh pergi berubat.gua tak pergi pun.bukan degil atau jenis kene lempang baru bertindak dan juga gua bukan nak cakap hebat,bukan cakap lebat tapi gua memang yakin gua bleh pisahkan benda ni.gua memang dari dulu dah ada pendamping..dah dekat seminggu gua duk slow talk.hari ni dah ok skit...

P/S:klu tak paham crita diatas sila rujuk buku "siri bercakap dengan jin".klu masih gelap gambar,minum muntah jin.

Thursday, July 7, 2011

Berkayak Memang IN

kali ni gua nak crita simple...usaha memang membuahkan hasil!!tak sia2 gua practice sebelum ni.tak sia2 juga gua berjam2 atas kayak.tak sia2 gua bayar 8 ringgit.tak sia2 gua berpanas terik untuk buat sceane capsize n rescue.gua bukan pe,gua taknak nampak kekokje.nk perform tuh no 2.

dan minggu lepas gua pergi ke wetland for second time.kali ni gua pergi tak bawak bala dewa.gua bawak queen.kah kah kah.gua bawak ini orang kenal ape itu town.

hasilnya, sesat dan penat dan tak dapat berkayak..habuk pun tadak.penat,letih,tired,exaust dan buang masa kehulu hilir tak tentu pasal.ermmm..dan jgan tanya gua happy ke tak?halooo..lepak ngan queen k..pelissssss,lagi mau tanya

Tuesday, June 28, 2011

Berkayak

memblog ni memerlukan komitment yang tinggi.gua skang bnyk sngat komitment dengan benda lain.nak2 lagi kerja kat site.kadang serabut dengan site2 ni.sebab tuh gua ponteng g site sebab serabut sngat...umphh.gua dah lah orang yang jenis tak suka komitment ni.sama jugak pergi berkayak,kene bangun pagi,pastu kene jogging.leps tuh kene makan telur ayam kampung campur dengan madu,last skali bent press.ini semua nak bagi tenaga time berkayak ni.*bnyk nak kene prep kan?.so 19 jun 2011 lepas gua pergi berkayak dekat wetland putrajaya.seronok dan murah.Rial Malaysia 8 shaja bagi yang berminat.dia bagi tempoh setengah jam*tapi bleh bantai sampai sejam.

lupa plak nak citer,ape itu kayak?.
1.pada prisipnya adalah sejenis kenderaan!sekarang baru orang gunakan untuk suka-sukaan dan sukan
2.kayak ni spesis yang bleh dipandu di dalam air shaja.ada juga yang suka pandu atas jalan raya,tapi itu bukan orang panggil berkayak.orang panggil towing.lain dari tu orang panggil gila.
3.terapung dan jauh skali dari menyelam.
4.perlu digerakkan dengan tenaga manusia,samada guna pendayung atau pakai tangan bila pendayung tuh terjatuh dalam air.
5.dicipta oleh geng2 eskimo dengan kulit anjing laut dan sedikit imiginasi.bukan dari geng dayak sebagai mana yang di claim oleh muzium dayak.
6.berbeda dengan canoe!
7.tidak perlu pandai berenang sehebat ian thorpe.
8.tak merbahaya selagi paddle tu tak digunakan untuk mengetuk atau menikam sahabat anda yang malas mendayung(nak2 time dia duk blakang) atau dengan niat bergurau

itu jelah kot.yang lain korang bleh try sendiri klu nak tau.
p/s:gambar sampai skang gua tak dapat lagi.jgan percaya pada janji manis cameraman.eh camerawoman..

Tuesday, June 7, 2011

Talipon

Hari ini dalam sejarah.12 march 2011

Orang ckp talipon dicipta oleh Alexander Graham Bell.(nama pun dah mcm telipon).kat skolah dulu dia mesti kene kutuk dengan lagi santa clause.*jingle bell jingle bell..tapi mamat power sebab dia pandai cipta benda baru*mcm zul mcgyver tuh lah.bnyk benda lah dia suka godek2 time dia kecik.kiranya bakat tuh dah ada tunggu nak asah je.sama mcm tiger wood dan ian thorpe..umur 5 taun dah pandai

alat yang dia mula2 cipta time dia duk meng kutu ngan sorang budak yang jaga kilang gandum.budak ni duk kecoh2 ckp kilang dia ada problem nak bersihkan gandum.dengan selamba je si bell ni cipta alat untuk bersihkan gandum ni.time tu gua ckp lu dia baru darjah 6 kot.gua time tuh duk main pasir lagi,mandi sungai,main khemah2.upmhhhh!!

ini talipon untuk curi line

tapi kan dia ni amat kesian lah sebab mak n bini dia pekak.so dia memang determine nak cipta alat bantu dengar.orang panggil skang mikropong dan speaker.then dari situ lah dia dapat idea cipta dan dipaten kan pada 1876.mamat ni pun jadi geng national geographic society.skang gua dah jadi kutu pada talipon n message2 ni..

Saturday, June 4, 2011

Bercinta Lepas Kawen?

gua terbaca post member gua yang rock(sampai disini saje)..dia punyer rock klu ramli sarip tengok pun kecut.kurt cobain bleh jadi sama level dengan dia punyer rock..tengok rambut dah tau,kaler kuning karat,panjang,rebonding.campak je ape2 lagu,2 minute trus bleh naik stage....tapiii..semua ada jiwa dan prasaan."rock2 jugak,dalam hati mau ada tanam maa"bilang beliau pada gua..

bercinta lepas kawen lagi manis.lebih king.lebih padu.tapi gua tak tau.sebab gua tak kawen lagi.

Thursday, May 26, 2011

22/5/2011

gua mau ingat malam ini.gua mahu ingat malam ni mcam gua ingat cikgu disiplin kat skolah dulu.dia punya lempang,mau bisu sehari.dia punya jalan nampak mcm bongkok2 tapi member gua ckp orang jalan camtu otai tomai.gua macam percaya sebab member gua ni baru blaja tomai,nak banding ngan gua yang tak tau ape.bnyk yang gua tak pasti time tuh..tapi yang gua pasti dia pandai mengajar kimia.gua reti H2O pun sebab dia ajar..nitrat dengan amonia klu campur pun gua tau ape bleh jadi...

senang citer gua xkan lupa lah saper dia ni..kene soal siasat..pening nak menjwap.bnyk tak pasti.dan bnyk tergantung.tapi gua buat perkara yg baru dalam idup ni..hidup ni kene berani.last skali dia ckp.."if u wait,maybe there no more for u.grab it while u can,taking an action now or u will lose.nothing wait.everthing change n fast.then maybe bila u ready,that was too late.dont be scare.decide for urself not becoz others pushed u.its possibility my dear taufik".pening sampai gua muntah..

Wednesday, May 4, 2011

Plot Ikan Bakar

scene wrapping ikan ni xda saper yg berminat

jumaat malam gua balik kmpung..cuti 3 hari bai..so budak2 kampung gua rancang nak buat ikan bakar.pada 30.4.2011 plot ikan bakar diwujudkan bagi membina perpaduan kaum..demi menyahut 1 malaysia.4 ekor siakap.6 ekor ikan besar yg specis tak dikenali.*gua tak kenal sngat ikan2 ni.ada skit kerang.dalam sekilo.gua tak amik pot dengan kerang2 ni.malam tuh gua hero lah..dari start buat bara sampai makan ikan.sidekick ramai lah jugak.

yus-tuan rumah.cumi-program coordinator(orang penting dalm plot kali ni).ang-tukang karut.peja-gua tak kenal sngat.daud-baru balik jumpa bini.adi-tetamu jemputan.amir duang-bahagian buat perabih ikan.matmin-ikan coordinator.

bakar ikan pun gua kene buat

makan pun gua kene buat

jgan tengok sebelah mata mamat ni.dia bisa terbang

balik kampung wajib ada plot kebun.cam biasa ke kebun untuk berbudi pada tanah sambil2 mandi sungai.

gua tengok member gua isap rokok daun.gua teruja dengan tembakau kampung.rare!.nasib baik member gua(yuh) baik hati untuk pancung tembakau dia untuk gua..gua pikul buat balik kolumpo.