Tuesday, June 28, 2011

Berkayak

memblog ni memerlukan komitment yang tinggi.gua skang bnyk sngat komitment dengan benda lain.nak2 lagi kerja kat site.kadang serabut dengan site2 ni.sebab tuh gua ponteng g site sebab serabut sngat...umphh.gua dah lah orang yang jenis tak suka komitment ni.sama jugak pergi berkayak,kene bangun pagi,pastu kene jogging.leps tuh kene makan telur ayam kampung campur dengan madu,last skali bent press.ini semua nak bagi tenaga time berkayak ni.*bnyk nak kene prep kan?.so 19 jun 2011 lepas gua pergi berkayak dekat wetland putrajaya.seronok dan murah.Rial Malaysia 8 shaja bagi yang berminat.dia bagi tempoh setengah jam*tapi bleh bantai sampai sejam.

lupa plak nak citer,ape itu kayak?.
1.pada prisipnya adalah sejenis kenderaan!sekarang baru orang gunakan untuk suka-sukaan dan sukan
2.kayak ni spesis yang bleh dipandu di dalam air shaja.ada juga yang suka pandu atas jalan raya,tapi itu bukan orang panggil berkayak.orang panggil towing.lain dari tu orang panggil gila.
3.terapung dan jauh skali dari menyelam.
4.perlu digerakkan dengan tenaga manusia,samada guna pendayung atau pakai tangan bila pendayung tuh terjatuh dalam air.
5.dicipta oleh geng2 eskimo dengan kulit anjing laut dan sedikit imiginasi.bukan dari geng dayak sebagai mana yang di claim oleh muzium dayak.
6.berbeda dengan canoe!
7.tidak perlu pandai berenang sehebat ian thorpe.
8.tak merbahaya selagi paddle tu tak digunakan untuk mengetuk atau menikam sahabat anda yang malas mendayung(nak2 time dia duk blakang) atau dengan niat bergurau

itu jelah kot.yang lain korang bleh try sendiri klu nak tau.
p/s:gambar sampai skang gua tak dapat lagi.jgan percaya pada janji manis cameraman.eh camerawoman..

Tuesday, June 7, 2011

Talipon

Hari ini dalam sejarah.12 march 2011

Orang ckp talipon dicipta oleh Alexander Graham Bell.(nama pun dah mcm telipon).kat skolah dulu dia mesti kene kutuk dengan lagi santa clause.*jingle bell jingle bell..tapi mamat power sebab dia pandai cipta benda baru*mcm zul mcgyver tuh lah.bnyk benda lah dia suka godek2 time dia kecik.kiranya bakat tuh dah ada tunggu nak asah je.sama mcm tiger wood dan ian thorpe..umur 5 taun dah pandai

alat yang dia mula2 cipta time dia duk meng kutu ngan sorang budak yang jaga kilang gandum.budak ni duk kecoh2 ckp kilang dia ada problem nak bersihkan gandum.dengan selamba je si bell ni cipta alat untuk bersihkan gandum ni.time tu gua ckp lu dia baru darjah 6 kot.gua time tuh duk main pasir lagi,mandi sungai,main khemah2.upmhhhh!!

ini talipon untuk curi line

tapi kan dia ni amat kesian lah sebab mak n bini dia pekak.so dia memang determine nak cipta alat bantu dengar.orang panggil skang mikropong dan speaker.then dari situ lah dia dapat idea cipta dan dipaten kan pada 1876.mamat ni pun jadi geng national geographic society.skang gua dah jadi kutu pada talipon n message2 ni..

Saturday, June 4, 2011

Bercinta Lepas Kawen?

gua terbaca post member gua yang rock(sampai disini saje)..dia punyer rock klu ramli sarip tengok pun kecut.kurt cobain bleh jadi sama level dengan dia punyer rock..tengok rambut dah tau,kaler kuning karat,panjang,rebonding.campak je ape2 lagu,2 minute trus bleh naik stage....tapiii..semua ada jiwa dan prasaan."rock2 jugak,dalam hati mau ada tanam maa"bilang beliau pada gua..

bercinta lepas kawen lagi manis.lebih king.lebih padu.tapi gua tak tau.sebab gua tak kawen lagi.

Thursday, May 26, 2011

22/5/2011

gua mau ingat malam ini.gua mahu ingat malam ni mcam gua ingat cikgu disiplin kat skolah dulu.dia punya lempang,mau bisu sehari.dia punya jalan nampak mcm bongkok2 tapi member gua ckp orang jalan camtu otai tomai.gua macam percaya sebab member gua ni baru blaja tomai,nak banding ngan gua yang tak tau ape.bnyk yang gua tak pasti time tuh..tapi yang gua pasti dia pandai mengajar kimia.gua reti H2O pun sebab dia ajar..nitrat dengan amonia klu campur pun gua tau ape bleh jadi...

senang citer gua xkan lupa lah saper dia ni..kene soal siasat..pening nak menjwap.bnyk tak pasti.dan bnyk tergantung.tapi gua buat perkara yg baru dalam idup ni..hidup ni kene berani.last skali dia ckp.."if u wait,maybe there no more for u.grab it while u can,taking an action now or u will lose.nothing wait.everthing change n fast.then maybe bila u ready,that was too late.dont be scare.decide for urself not becoz others pushed u.its possibility my dear taufik".pening sampai gua muntah..

Wednesday, May 4, 2011

Plot Ikan Bakar

scene wrapping ikan ni xda saper yg berminat

jumaat malam gua balik kmpung..cuti 3 hari bai..so budak2 kampung gua rancang nak buat ikan bakar.pada 30.4.2011 plot ikan bakar diwujudkan bagi membina perpaduan kaum..demi menyahut 1 malaysia.4 ekor siakap.6 ekor ikan besar yg specis tak dikenali.*gua tak kenal sngat ikan2 ni.ada skit kerang.dalam sekilo.gua tak amik pot dengan kerang2 ni.malam tuh gua hero lah..dari start buat bara sampai makan ikan.sidekick ramai lah jugak.

yus-tuan rumah.cumi-program coordinator(orang penting dalm plot kali ni).ang-tukang karut.peja-gua tak kenal sngat.daud-baru balik jumpa bini.adi-tetamu jemputan.amir duang-bahagian buat perabih ikan.matmin-ikan coordinator.

bakar ikan pun gua kene buat

makan pun gua kene buat

jgan tengok sebelah mata mamat ni.dia bisa terbang

balik kampung wajib ada plot kebun.cam biasa ke kebun untuk berbudi pada tanah sambil2 mandi sungai.

gua tengok member gua isap rokok daun.gua teruja dengan tembakau kampung.rare!.nasib baik member gua(yuh) baik hati untuk pancung tembakau dia untuk gua..gua pikul buat balik kolumpo.


Wednesday, April 20, 2011

Dugaan

Kita dihantar bukan untuk menguji Allah tapi untuk diuji.Bukan untuk mencabar tapi akan dicabar.
Kita dihantar untuk menjalankan suruhaNya, jauh sekali menjalankan tugasNya untuk menghukum

Bulan ini aku lihat sahabat aku diuji dengan keguguran anak.
Aku juga melihat kawan diuji dengan penceraian.
Aku juga melihat kecurangan si teruna kepada si dara.
Aku juga bisa melihat si dara berpaling dari si teruna.
Aku juga pernah melihat tali pertunangan terputus.
Aku juga melihat air mata berderai akibat kasih yang tidak kesampaian.
Aku sekali sekala melihat pergaduhan antara mereka yang saling menyayangi.


Apabila mereka diuji, aku melihat banyak air mata dan tangisan.Bermurung selama berminggu dan tidak bisa bertutur.Dan hanya yang redha dan bersyukur akan berjaya memujuk hati kecil mereka untuk ketawa dan mengorak senyuman pada wajah mereka.

Kadang2 aku merasa amat terbeban mendengar cerita sebegini secara terus.Berat lagi bahu yang memikul.Siapa aku untuk menghukum emosi dan perlakuan mereka.Aku hanya penonton dalam layar hidup mereka yang diuji............Aku bersyukur!!

Namun dalam hidupku.Aku lebih banyak melihat tawa riang,senda gurau dan kasih sayang.Aku yakin dengan masa mendatang yang gembira.Aku akan tunggu masa mendatang dengan perasaan yang gembira,kerana rahsia masa mendatang itu satu rahmat yang patut kita syukuri.

Tuesday, April 12, 2011

saya pergi Cameroon

orang ini dsukai oleh kanak,wanita,orang tua dan semua makhluk

8/4/2011
pada cuti yang lalu.saya telah pergi ke cameroon.saya pergi dengan kawan2.saya rasa amat seronok.kawan2 saya pun seronok juga.saya pergi sebab saya rasa seronok.pada hari saya nak pergi ke cameroon.saya deman.saya tak suka makan ubat.ubat pahit.ubat tak sedap,tak macam gula2.mak selalu marah saya makan gula2.mak ckp gula2 bahaya untuk gigi.

saya bertolak pada waktu malam selepas makan malam dengan ise,pauzi dan petir.kami makan kat warung.dekat warung kami juga minum air.saya minum air nescafe.saya suka air berkafien.saya juga suka kopi.mak selalu buat nescafe.nescafe mak buat sedap.mak pandai buat nescafe.

kami guna jalan tapah pada pukol 2
pagi.jalan sangat teruk.tapi tiada beruk.jalan sangat sempit dan merbahaya untuk kenderaan berat.jalan dia sn
gat berliku2.dan saya selalu kene siku dengan petir bila selekoh.petir jahat.saya sngat takot.jalan disitu gelap.kawan saya pejam mata kerana takot.saya takot tapi saya buka mata.cikgu cakap orang lelaki kene berani.jalan punya jalan,akhirnya kami sampai di rumah rehat TNB.bungalow Otmaniah.saya sangat gembira.kawan2 saya juga gembira.kawan saya 8 orang

9/4/2011
saya bangun pagi.saya solat subuh.saya pusing2 laman rumah.saya amik gambar.cameroon sangt sejuk macam dekat Paris.sy
pergi ladang stawberi.saya pergi taman rama2.saya juga pergi ladang teh.saya pergi bnyak tempat.cuma saya tak pergi jahanam.saya gembira.kawan2 saya gembira.saya pergi pasar malam.saya makan duri
an.durian sedap.kami makan ramai2 kat rumah.kami pergi menonton perlawanan bola sepak di kaca tv.kami balik dan tido.

saya makan makanan orang putih..biasalahkan.kat tempat sejuk..

kencing kat ladang teh memang sedap.sejukkk...

10/4/2011
kami semua bangun awal.kami pulang ke kuala lum
pur.saya amat gembira dan bertrima kasih kepada jaa',ise,petir,sani,amin,piji,poji.mereka kawan saya yang sngat baik.saya nak ajak mereka pergi pulau perhentian dan pulau redang.saya juga mintak maaf sebab banyak kekurangan.
kutu2 yang hadir