Showing posts with label Gua Jiwang. Show all posts
Showing posts with label Gua Jiwang. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Dugaan

Kita dihantar bukan untuk menguji Allah tapi untuk diuji.Bukan untuk mencabar tapi akan dicabar.
Kita dihantar untuk menjalankan suruhaNya, jauh sekali menjalankan tugasNya untuk menghukum

Bulan ini aku lihat sahabat aku diuji dengan keguguran anak.
Aku juga melihat kawan diuji dengan penceraian.
Aku juga melihat kecurangan si teruna kepada si dara.
Aku juga bisa melihat si dara berpaling dari si teruna.
Aku juga pernah melihat tali pertunangan terputus.
Aku juga melihat air mata berderai akibat kasih yang tidak kesampaian.
Aku sekali sekala melihat pergaduhan antara mereka yang saling menyayangi.


Apabila mereka diuji, aku melihat banyak air mata dan tangisan.Bermurung selama berminggu dan tidak bisa bertutur.Dan hanya yang redha dan bersyukur akan berjaya memujuk hati kecil mereka untuk ketawa dan mengorak senyuman pada wajah mereka.

Kadang2 aku merasa amat terbeban mendengar cerita sebegini secara terus.Berat lagi bahu yang memikul.Siapa aku untuk menghukum emosi dan perlakuan mereka.Aku hanya penonton dalam layar hidup mereka yang diuji............Aku bersyukur!!

Namun dalam hidupku.Aku lebih banyak melihat tawa riang,senda gurau dan kasih sayang.Aku yakin dengan masa mendatang yang gembira.Aku akan tunggu masa mendatang dengan perasaan yang gembira,kerana rahsia masa mendatang itu satu rahmat yang patut kita syukuri.

Saturday, March 27, 2010

Rindu

aku amat rindu berjumpa member lama yang sama2 berjuang denganku dan orang baru yang ada sifat-sifat sahabat dalam hati mereka.berkawan lah dengan ku dengan hati yang bersih dan tiada niat berselindung.kini aku berjumpa dengan ramai manusia yang inginkan apa yang zahir pada ku lebih dari ape yang ada dalam diriku.bertahun ku belajar untuk membentuk diri.bertahun aku belajar untuk melihat kebaikan orang lebih dari keburukkannye.kenapa?kerna jika aku tidak memlatih melihat kebaikan orang lain maka ape kebaikan yang dilakukan akan aku melihat dengan benci."dia derma tu sebab nak menunjuk"."dia tolong tuh sebab nak dapat projek".bnyak lagi lah.ku melihat kebaikan dia dengan kejahatan yang ada dalam hati ku.

(dulu aku ada teman yang sentiasa memotivasikan aku)
taufik latihlah diri mu untuk:
-lihatlah kebaikan orang dan pandanglah keburukan diri.
-tunailah hak saudara islam kamu tanpa kamu tuntut hak kamu
-muliakan mereka yang menghina mu
-maafkan mereka yang menyakiti mu
-berlembut dengan mereka yang mengasari mu
-sayangi mereka yang membenci mu
-halalkan hutang2 mereka terhadapt mu
-beritahu yang benar kepada mereka yang tidak mengetahui
-tidak berdebat dengan mereka yang mencari kemenangan bukan kebenaran
-mengajar perempuan mu melabuhkan tudung kedada dan kepunggungnya agar tidak diganggu lelaki yang jahat
-perangi mereka yang menghina agama walaupun itu saudaramu.

ingatlah,siapakah kau di dunia ini untuk membalas dosa umat manusia?adakah kau diutus untuk membuat kerja-kerja Ilahi?

Sedih

hari ini sekali lagi aku cuba disogok dengan janji manis yang tak pasti.adakah aku ini lelaki yang pentingkan duit dan perhiasan dunia yang pasti akan lebur lebih dari aku cintakan tuhan yang memberi aku ketabahan,kasih sayang,makan,minum,tempat tinggal,hati yang bersyukur,iman dan juga hidayat.inikah tuhan yang aku akan berpaling tadah kerana janji manis manusia.pasti akan tidak.dengan nama Allah yang memegang segala nyawa dan degup jantung ku,aku tidak akan berpaling dariNya.wahai Allah,kasihi lah aku dan cintai aku agar aku tidak lari dari Mu dan melutut dengan hina dan mengharap kepada makhluk ciptaan mu.

adakah ini dugaan atau satu kesalahan aku kerana aku ini terlalu ingin menjaga hati mereka yang berurusan dengn aku?aku harapkan ini kesilapan dan bukan dugaan..tidak akan aku mampu melawan dugaan dari yang Satu jika ia tidak datang berserta rahmat dan kasih sayangnyer.kuat sangat kah kita untuk menerima dugaan dariNya walau pun hanya sekadar lapar dan dahaga?

Jika ada masih cinta dalam hati ini selain Engkau,hapus lah ia sebagaimana hapusnya cinta Ibrahim a.s kepada Ismail a.s.aku datang kemari bukan untuk mencari kekayaan yang sudah aku miliki.aku datang kemari kerana ingin menjadi yang dicintai dan dikasihi.aku mahu belajar untuk membuatkan Kau suka akan tingkah laku ku.aku mahu setiap nafas,degupan,percakapan dan pekerjaan hanya untuk Engkau gembira.

aku kesini bukan mencari kekayaan yang sudak aku miliki,bukan teman untuk ketawa,bukan untuk menjadi Inginieur.aku mahu menjadi yang muttakin.

Monday, March 22, 2010

ibu dan ayah

semalam aku call ibu.cam biasa kami borak2.tapi kali ni aku perasan sesuatu selepas ibu ku ckp"kenapa kerap sangat call mak skng".baru aku perasan yang skang ni aku makin kerap call ibu aku dan hanyer nak dengar suara dia.aku bnyak diam dari bercakap.tak macam dulu.kalu dulu aku dan ibu sama2 bnyak cerita..masing berlawan ckp tapi skang aku macam nak dengar jer suara ibu aku,aku makn kerap call.dulu sebulan sekali pun payah.tapi sekarang hampir setiap hari aku akan call ibu...bukan cerita yang aku nak dengar tapi suara lembut yang sering memberi nasihat,semangat dan motivasi sejak aku kecik lagi.suara yang sering membimbing ku sehingga aku kenal ape itu dunia dan agama.aku makin rindu dan terasa ingin balik ke kampung.hari ke hari dada ku menjadi berat rindukan ibu...

dulu kalau nak pergi utm selepas cuti aku akan salam dan cuim tangan jer.pastu lambai2 tangan skit.settle.tapi skang klu nak berpisah mesti aku cium pipi ibu dan peluk dia erat2.adakah aku makin manja dengan ibu atau ni satu pentanda yang ibu akan pergi...ku harapkan pemergian ibu tidak terlalu pantas dan mengejut seperti pemergian sahabat2 ku.
dadaku menjadi semakin berat.

dulu ibu ku ada lelah yang kuat.aku slalu urut belakang ibu time dia kene asma.aku selalu duduk kat tepi dia pastu urut belakang dia(aku tak suka,sebab penat urut orang.dah lah lame).tapi skang dia dah sembuh macam dah takde lagi lelah tu.lelah tu mcam dah hilang.mungkin sebab dia dah pencen dan selalu ke kebun.tapi bila aku lepak dan borak dengan ibu(berdua) biasanyer tengah malam(sebab ibu aku slalu tido awal pastu bgun balik kol 12 or kol 2pg) aku akan pergi dekat ibu dan urut2 blakang dia sambil2 bercerita.padahal dia dah sihat.pastu klu dia rasa kuku dah panjang dia akan suruh aku potong.aku suka potong kuku ibu tapi skang aku dah jauh..
.dada ku semakin berat.

ayah aku garang.aku slalu gaduh.hehehe.tapi dia best.sporting heheh