hari ini sekali lagi aku cuba disogok dengan janji manis yang tak pasti.adakah aku ini lelaki yang pentingkan duit dan perhiasan dunia yang pasti akan lebur lebih dari aku cintakan tuhan yang memberi aku ketabahan,kasih sayang,makan,minum,tempat tinggal,hati yang bersyukur,iman dan juga hidayat.inikah tuhan yang aku akan berpaling tadah kerana janji manis manusia.pasti akan tidak.dengan nama Allah yang memegang segala nyawa dan degup jantung ku,aku tidak akan berpaling dariNya.wahai Allah,kasihi lah aku dan cintai aku agar aku tidak lari dari Mu dan melutut dengan hina dan mengharap kepada makhluk ciptaan mu.
adakah ini dugaan atau satu kesalahan aku kerana aku ini terlalu ingin menjaga hati mereka yang berurusan dengn aku?aku harapkan ini kesilapan dan bukan dugaan..tidak akan aku mampu melawan dugaan dari yang Satu jika ia tidak datang berserta rahmat dan kasih sayangnyer.kuat sangat kah kita untuk menerima dugaan dariNya walau pun hanya sekadar lapar dan dahaga?
Jika ada masih cinta dalam hati ini selain Engkau,hapus lah ia sebagaimana hapusnya cinta Ibrahim a.s kepada Ismail a.s.aku datang kemari bukan untuk mencari kekayaan yang sudah aku miliki.aku datang kemari kerana ingin menjadi yang dicintai dan dikasihi.aku mahu belajar untuk membuatkan Kau suka akan tingkah laku ku.aku mahu setiap nafas,degupan,percakapan dan pekerjaan hanya untuk Engkau gembira.
aku kesini bukan mencari kekayaan yang sudak aku miliki,bukan teman untuk ketawa,bukan untuk menjadi Inginieur.aku mahu menjadi yang muttakin.
Jangan bersedih sahabatku... jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan, atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu maka jangan sekali-kali berputus asa kerana boleh jadi Allah telah mempersiapkan di sebalik itu kebaikan yang banyak bagimu... :)
ReplyDeleteKu yakin dengan rahmatnya tetapi setiap musibah melandaku,hati ini tidak bingkas untuk kembali dan sujud kepadaNya kerna hati ini belum penuh dan sarat dengan cinta.thanks Dn
ReplyDelete