Monday, March 22, 2010

ibu dan ayah

semalam aku call ibu.cam biasa kami borak2.tapi kali ni aku perasan sesuatu selepas ibu ku ckp"kenapa kerap sangat call mak skng".baru aku perasan yang skang ni aku makin kerap call ibu aku dan hanyer nak dengar suara dia.aku bnyak diam dari bercakap.tak macam dulu.kalu dulu aku dan ibu sama2 bnyak cerita..masing berlawan ckp tapi skang aku macam nak dengar jer suara ibu aku,aku makn kerap call.dulu sebulan sekali pun payah.tapi sekarang hampir setiap hari aku akan call ibu...bukan cerita yang aku nak dengar tapi suara lembut yang sering memberi nasihat,semangat dan motivasi sejak aku kecik lagi.suara yang sering membimbing ku sehingga aku kenal ape itu dunia dan agama.aku makin rindu dan terasa ingin balik ke kampung.hari ke hari dada ku menjadi berat rindukan ibu...

dulu kalau nak pergi utm selepas cuti aku akan salam dan cuim tangan jer.pastu lambai2 tangan skit.settle.tapi skang klu nak berpisah mesti aku cium pipi ibu dan peluk dia erat2.adakah aku makin manja dengan ibu atau ni satu pentanda yang ibu akan pergi...ku harapkan pemergian ibu tidak terlalu pantas dan mengejut seperti pemergian sahabat2 ku.
dadaku menjadi semakin berat.

dulu ibu ku ada lelah yang kuat.aku slalu urut belakang ibu time dia kene asma.aku selalu duduk kat tepi dia pastu urut belakang dia(aku tak suka,sebab penat urut orang.dah lah lame).tapi skang dia dah sembuh macam dah takde lagi lelah tu.lelah tu mcam dah hilang.mungkin sebab dia dah pencen dan selalu ke kebun.tapi bila aku lepak dan borak dengan ibu(berdua) biasanyer tengah malam(sebab ibu aku slalu tido awal pastu bgun balik kol 12 or kol 2pg) aku akan pergi dekat ibu dan urut2 blakang dia sambil2 bercerita.padahal dia dah sihat.pastu klu dia rasa kuku dah panjang dia akan suruh aku potong.aku suka potong kuku ibu tapi skang aku dah jauh..
.dada ku semakin berat.

ayah aku garang.aku slalu gaduh.hehehe.tapi dia best.sporting heheh

2 comments:

  1. kta hr2 cium pipi mumy nk g keje..hik..hik..
    btw...mom is a best2 friend that we have. its true =)-

    ReplyDelete
  2. aku rasa pun sama khamisah.aku dah rasa masa aku ngan family amat sedikit

    ReplyDelete