aku kenal si dia ketika umur aku darjah enam.masa tu aku masih lagi mentah.aku kenal pun member atas member.aku ngan dia ni kacip molek ar time tu.aku cam ada chemistry orang putih kata.aku begitu rapat dan akhirye aku jatuh cinta padanya.cinta kami beputik segar sehingga aku rasa ini lah teman aku yang akan bersama ketika senang dan sukar.ku ketagih dengan ketenangan yang diberikan.
aku masih ingat ketika kami sentiasa bersama ketika hujan dan panas terik.ketika aku begitu penat menghadapi alam persekolah ketika itu lah dia datang menenangkan jiwa dan preasure ku.ramai kawan ku kenal dia dan pernah lepak bersama.sehingga lah aku dapt keputusan upsr.2a2b.ketika itu aku sangka panas hingga ke petang.tapi akhirnya kami berpisah atas sebab yang aku dah lupa.5 tahun kami berpisah.5 tahun aku dalam kerinduan.5 thn ku lihat sahabt ku bercinta denganye.5 tahun aku hidup seorang diri.tetapi aku bisa membiasakan diri.akhirnye aku bebas dari pelukanye
ku masih ingat tahun 2002 ku masuk ke UTM skudai.ketika aku masih lagi mentah,ketika aku masih lagi mencari maksud kehidupan.ketika ku sangka segalya akan bahagia.tapi ku silap.dia muncul kembali dalam hidup ini tanpa aku duga.aku cuba menolak cobaan ketagihan cinta itu namun sayang dan kasih ini berputik kembali.kian mekar dan mewangi.aku semakin terjebak dan kian ketagih dengan ketenangan dan keseronokan bersamanya.aku kian mabuk.aku tewas dalam pelukan nafsu.aku hilang kewarasan dan terus bergelumang tanpa berfikir panjang.7 tahun aku hilang kewarasan.7 tahun tapi dia tetap disisiku.bnyak pengorbanan aku buat untuk dia.bnyak duit aku habis kerna dia.tapi itulah sayang.
sekarang ku bekerja.tiada ape yang dituntut hanya kesetiaan dari ku.tapi itu bukan commitment yang dapat ku beri.aku semakin rimas dan bosan dengan janji dan kepalsuan dalam ketenangan yang diberikan.aku semakin rimas.aku semakin berang denganye.tapi sudah bnyak wang ku melayang.
tanggal 22/03/2010 aku telah membuat keputusan yang aku tidak lagi mahu dikawal dan diarah oleh dia.aku ingin bebas macam orang lain.aku tidak lagi mahu berada dalam pelukan nafsunyer.aku mahu kembali waras.akhirnye aku istiharkan perang dengan dia secara terang-terangan.maaf kan aku wahai rokok.selamat tinggal.aku mahu bebas.aku mahu bernafas seperti dulu.
gud2... gud luck!!! :)
ReplyDeleteso..berjaya ke x perang u tu skrg?
ReplyDeleteakan aku coba.bnyakkan doa.aku perlukan bantuan dan sokongan kawan2.bukanyer batuan api dan sikuan member2.harap faham dan mengerti
ReplyDelete