Sunday, March 28, 2010

weekand yang boring

jumaat malam
bos ajak main bowling.aku cancel sebab ingat nak hang out ngan isse sampai pagi..rupanya indah khbar dari rupa..hahahhaha.

sabtu pagi
bgun agak lambat dan bermulalah hari yang boring tanpa hala tuju.nasib baik ada keje kat opis,bleh aku lupakan masalh kesunyian tanpa member2 pada hari minggu...mlaam lepak ngan petir yang best.petir adalah member yang best yang aku ada.very trasparent..like to bluffing but i like it.joke,even sometime it silly.lawan PES.tengok Man u.chealsea,bayern.then tido satu katil macam zaman blajar.petir luah perasaan.jarang berlaku dalam hidup aku dan dia.petir tak pernah luah perasaan dengan serius.tapi semalam bnyak sngat yang terbuku(maybe).

hari ni bangun dan balik opis selepas tido umah apit.bos call nak jumpa.then here i am again stuck in office with my bos.i dont like becoz i like to working in weekand alone.2night nobody will enjoy to hang out except me.sepanjang keje ni aku tak pernah rasa hari weekand tu macam weekand sebebnarnyer.sama cam hari biasa.aku tiap malam bleh hang out mancam weekand.sebab masa kita yang kawal,jgan bagi masa yang kawal kita

Saturday, March 27, 2010

Rindu

aku amat rindu berjumpa member lama yang sama2 berjuang denganku dan orang baru yang ada sifat-sifat sahabat dalam hati mereka.berkawan lah dengan ku dengan hati yang bersih dan tiada niat berselindung.kini aku berjumpa dengan ramai manusia yang inginkan apa yang zahir pada ku lebih dari ape yang ada dalam diriku.bertahun ku belajar untuk membentuk diri.bertahun aku belajar untuk melihat kebaikan orang lebih dari keburukkannye.kenapa?kerna jika aku tidak memlatih melihat kebaikan orang lain maka ape kebaikan yang dilakukan akan aku melihat dengan benci."dia derma tu sebab nak menunjuk"."dia tolong tuh sebab nak dapat projek".bnyak lagi lah.ku melihat kebaikan dia dengan kejahatan yang ada dalam hati ku.

(dulu aku ada teman yang sentiasa memotivasikan aku)
taufik latihlah diri mu untuk:
-lihatlah kebaikan orang dan pandanglah keburukan diri.
-tunailah hak saudara islam kamu tanpa kamu tuntut hak kamu
-muliakan mereka yang menghina mu
-maafkan mereka yang menyakiti mu
-berlembut dengan mereka yang mengasari mu
-sayangi mereka yang membenci mu
-halalkan hutang2 mereka terhadapt mu
-beritahu yang benar kepada mereka yang tidak mengetahui
-tidak berdebat dengan mereka yang mencari kemenangan bukan kebenaran
-mengajar perempuan mu melabuhkan tudung kedada dan kepunggungnya agar tidak diganggu lelaki yang jahat
-perangi mereka yang menghina agama walaupun itu saudaramu.

ingatlah,siapakah kau di dunia ini untuk membalas dosa umat manusia?adakah kau diutus untuk membuat kerja-kerja Ilahi?

Sedih

hari ini sekali lagi aku cuba disogok dengan janji manis yang tak pasti.adakah aku ini lelaki yang pentingkan duit dan perhiasan dunia yang pasti akan lebur lebih dari aku cintakan tuhan yang memberi aku ketabahan,kasih sayang,makan,minum,tempat tinggal,hati yang bersyukur,iman dan juga hidayat.inikah tuhan yang aku akan berpaling tadah kerana janji manis manusia.pasti akan tidak.dengan nama Allah yang memegang segala nyawa dan degup jantung ku,aku tidak akan berpaling dariNya.wahai Allah,kasihi lah aku dan cintai aku agar aku tidak lari dari Mu dan melutut dengan hina dan mengharap kepada makhluk ciptaan mu.

adakah ini dugaan atau satu kesalahan aku kerana aku ini terlalu ingin menjaga hati mereka yang berurusan dengn aku?aku harapkan ini kesilapan dan bukan dugaan..tidak akan aku mampu melawan dugaan dari yang Satu jika ia tidak datang berserta rahmat dan kasih sayangnyer.kuat sangat kah kita untuk menerima dugaan dariNya walau pun hanya sekadar lapar dan dahaga?

Jika ada masih cinta dalam hati ini selain Engkau,hapus lah ia sebagaimana hapusnya cinta Ibrahim a.s kepada Ismail a.s.aku datang kemari bukan untuk mencari kekayaan yang sudah aku miliki.aku datang kemari kerana ingin menjadi yang dicintai dan dikasihi.aku mahu belajar untuk membuatkan Kau suka akan tingkah laku ku.aku mahu setiap nafas,degupan,percakapan dan pekerjaan hanya untuk Engkau gembira.

aku kesini bukan mencari kekayaan yang sudak aku miliki,bukan teman untuk ketawa,bukan untuk menjadi Inginieur.aku mahu menjadi yang muttakin.

Tuesday, March 23, 2010

aku dan dia

aku kenal si dia ketika umur aku darjah enam.masa tu aku masih lagi mentah.aku kenal pun member atas member.aku ngan dia ni kacip molek ar time tu.aku cam ada chemistry orang putih kata.aku begitu rapat dan akhirye aku jatuh cinta padanya.cinta kami beputik segar sehingga aku rasa ini lah teman aku yang akan bersama ketika senang dan sukar.ku ketagih dengan ketenangan yang diberikan.

aku masih ingat ketika kami sentiasa bersama ketika hujan dan panas terik.ketika aku begitu penat menghadapi alam persekolah ketika itu lah dia datang menenangkan jiwa dan preasure ku.ramai kawan ku kenal dia dan pernah lepak bersama.sehingga lah aku dapt keputusan upsr.2a2b.ketika itu aku sangka panas hingga ke petang.tapi akhirnya kami berpisah atas sebab yang aku dah lupa.5 tahun kami berpisah.5 tahun aku dalam kerinduan.5 thn ku lihat sahabt ku bercinta denganye.5 tahun aku hidup seorang diri.tetapi aku bisa membiasakan diri.akhirnye aku bebas dari pelukanye

ku masih ingat tahun 2002 ku masuk ke UTM skudai.ketika aku masih lagi mentah,ketika aku masih lagi mencari maksud kehidupan.ketika ku sangka segalya akan bahagia.tapi ku silap.dia muncul kembali dalam hidup ini tanpa aku duga.aku cuba menolak cobaan ketagihan cinta itu namun sayang dan kasih ini berputik kembali.kian mekar dan mewangi.aku semakin terjebak dan kian ketagih dengan ketenangan dan keseronokan bersamanya.aku kian mabuk.aku tewas dalam pelukan nafsu.aku hilang kewarasan dan terus bergelumang tanpa berfikir panjang.7 tahun aku hilang kewarasan.7 tahun tapi dia tetap disisiku.bnyak pengorbanan aku buat untuk dia.bnyak duit aku habis kerna dia.tapi itulah sayang.


sekarang ku bekerja.tiada ape yang dituntut hanya kesetiaan dari ku.tapi itu bukan commitment yang dapat ku beri.aku semakin rimas dan bosan dengan janji dan kepalsuan dalam ketenangan yang diberikan.aku semakin rimas.aku semakin berang denganye.tapi sudah bnyak wang ku melayang.

tanggal 22/03/2010 aku telah membuat keputusan yang aku tidak lagi mahu dikawal dan diarah oleh dia.aku ingin bebas macam orang lain.aku tidak lagi mahu berada dalam pelukan nafsunyer.aku mahu kembali waras.akhirnye aku istiharkan perang dengan dia secara terang-terangan.maaf kan aku wahai rokok.selamat tinggal.aku mahu bebas.aku mahu bernafas seperti dulu.

Monday, March 22, 2010

ibu dan ayah

semalam aku call ibu.cam biasa kami borak2.tapi kali ni aku perasan sesuatu selepas ibu ku ckp"kenapa kerap sangat call mak skng".baru aku perasan yang skang ni aku makin kerap call ibu aku dan hanyer nak dengar suara dia.aku bnyak diam dari bercakap.tak macam dulu.kalu dulu aku dan ibu sama2 bnyak cerita..masing berlawan ckp tapi skang aku macam nak dengar jer suara ibu aku,aku makn kerap call.dulu sebulan sekali pun payah.tapi sekarang hampir setiap hari aku akan call ibu...bukan cerita yang aku nak dengar tapi suara lembut yang sering memberi nasihat,semangat dan motivasi sejak aku kecik lagi.suara yang sering membimbing ku sehingga aku kenal ape itu dunia dan agama.aku makin rindu dan terasa ingin balik ke kampung.hari ke hari dada ku menjadi berat rindukan ibu...

dulu kalau nak pergi utm selepas cuti aku akan salam dan cuim tangan jer.pastu lambai2 tangan skit.settle.tapi skang klu nak berpisah mesti aku cium pipi ibu dan peluk dia erat2.adakah aku makin manja dengan ibu atau ni satu pentanda yang ibu akan pergi...ku harapkan pemergian ibu tidak terlalu pantas dan mengejut seperti pemergian sahabat2 ku.
dadaku menjadi semakin berat.

dulu ibu ku ada lelah yang kuat.aku slalu urut belakang ibu time dia kene asma.aku selalu duduk kat tepi dia pastu urut belakang dia(aku tak suka,sebab penat urut orang.dah lah lame).tapi skang dia dah sembuh macam dah takde lagi lelah tu.lelah tu mcam dah hilang.mungkin sebab dia dah pencen dan selalu ke kebun.tapi bila aku lepak dan borak dengan ibu(berdua) biasanyer tengah malam(sebab ibu aku slalu tido awal pastu bgun balik kol 12 or kol 2pg) aku akan pergi dekat ibu dan urut2 blakang dia sambil2 bercerita.padahal dia dah sihat.pastu klu dia rasa kuku dah panjang dia akan suruh aku potong.aku suka potong kuku ibu tapi skang aku dah jauh..
.dada ku semakin berat.

ayah aku garang.aku slalu gaduh.hehehe.tapi dia best.sporting heheh

Sunday, March 21, 2010

minggu lepak sampai hitam

minggu ni aku lepak dari hari cerah till langit jadi hitam pekat.
minggu paling best.jumpa ramai orang.baru dan lama.Allah telah temukan aku dengan ramai sahabat yang baik dan peramah serta kelakar.mereka banyak memberi benda yang lebih besar dari wang ringgit,motivasi,semamgat untuk bangkit dari jatuh,persahabatn dan peringatan dari yang ESA.
jika miggu ni dapt diulang.pasti akan ku cuba untuk memutarkan masa agar dapat ku ketemu kembali detik indah bersama member yang bnyak menemani aku ketika gelisah.Allhamdulillah

thaks
isse apit petir jeri kassim pejamellow timi ina choi amir-che'we deqno

Saturday, March 20, 2010

berdemo d ttdi jaya


kehadiraan:from left-ise kassim aku jeri petir apit
tempat:ttdi jaya
19/03/2010

jumaat petang isse datang opis aku dengan muka letih....kesian aku tengok rasa nak suruh dia blanje jer.
makan2 di ali coner.tunggu jeri..jeri ckp dia kene keje lah malam tuh.so pukol 11 kena chow.kitorang pun kene consider ar ngan setuasi jeri.orang baru kawen dan masih lagi panas2 suam ngan bini.(nanti ko dah kawen ko tau ar pik)
pastu aku pun lepak ngan ise.bnyak gak dia citer..tapi aku tak amik pot.aku kena layan dia sampai jeri datang.
isse kawan aku yang sama2 berkorban dan bertahan bagi menghadapi dugaan dasyat bagi seorang student u(extand) dan hampir extinct.thaks isse kerna sudi menemani ku ini selama 2 tahun di dunia extand

akhirnye jeri datang(slamat aku).jeri luahakan semua rasa tak puas hati kat aku.aku nampak jeri ada sesuatu nak ckp dan tak pus hati ngan aku.aku dan dia dah bnyak berubah.tidak lagi seperti dulu.sama makan skali dalam talam.susah senang bersama.naik moto bersama.g kuar makan bersama.hampir setiap langkah dan nafas ku akan ada jeri.skang dia dah kawen.aku hilang lagi seorang sahabat yang begitu complex.jeri paling payah nak keluar lepak.bnyak sngat commitment dia.bini, metua,family rakan2 tapi dia berjaya datang.taniah jeri.

kassim datang.modal citer dia berkisar tentang jeddah.hospital dan betina.itu memang nafas dia skang(betina dari dulu lagi).kassim masih lagi mencari aper itu maksud kehidupan(placebo) tapi yang penting dia bayar makan petang tuh.aku terharu.bnyak yang kita orang borak sampai magrib.naik opis aku dan smayang.apit tepon nak datang.ajak petir skali(setuju klu xpayah kuarkan sebarang benda berbentuk matawang)

aku kitaorang bercerita.antara topik nyer:
-kenapa jeri memakai sut kilang dia time datang lepak.dia ckp kene check in kol 11(akhirnye lepak sampai kol 12 lebih.
-kenapa isse masih lagi tak keje(datin mana bela beliau)
-fab dah kaya?
-kemana masrul?
-bos aku tak kesah ke aku duk opis dan kayap dia dah ok ker
-kenapa topek tak nak duduk rumah apit

banyak sngat borak malam tuh sampai lupa.tapi best bleh kumpul ramai2 macm ni.ni 1st time aku lepak ngan jeri selepas majlis kawen dia..rindu jeri tinggi
ingat nak jugak lepak mcm ni sebulan skali ker tapi kene semua bagi commitment.

petir cam biasa ar.motif dia datang bukan nak mengeratkan persahabatan.dia dari rumah dah pikir camne nak bagi aku ni gaduh ngan semua orang.hahaha.apit ialah modal dia yang paling impacable.malam tuh dia agak menyerlah dengan nada sinis menyindir aku yang lemah ini dengan tomahah yang keras lagi beracun.ku diam kerana yang benar akan kuar ibarat cahaya pagi.hahahha.lama tak main PES ngan ko.thanks petir becoz be one of my friend.ko antara orang yang bleh tahan ngan lawak bodoh aku.thaks bagi aku tumpang rumah ko selama 3 hari pertama di shah alam.kah kah kah

dah makan,lepak.minum sampai penuh gelas atas meja..nak balik.semua tunggu petir bayar.....
.
..
.
haram.apit juga yang tolong bayarkan.thanks apit sebab menjadi orang yang bayar malam tuh.dia ni lah yang jadi tempat aku merempat sebelum ku merempat di bilik bos.bnyak tolong aku semasa aku masih lagi muda di shah alam.thanks apit sebab bagi aku tumpang tanpa bayar sesen pun.hehe

semua penat.jeri nak kena g keje.kami bergambar sebelum pulang.
tak jadi pulang kecuali jer.lepak plak kat opis sampai lebam.akhirnyer semua pulang setelah mengambil bahagian2 masing2.
isse tido opis ngan aku


p/s:jeri ajak lagi lepak keesokkan.semua malas nak layan.sibuk.jeri dah ketagih kehidupan bujang yag dah lalu.hehehe